PERTH 7 hari 6 Malam Bajet Serendah RM1500

Tiket flight                : RM650
Homestay                    : RM205

Sewa kereta 4 hari plus GPS : RM235

Visa                        : RM20







Expanses di Perth : RM380 ~

+ Minyak kereta : $20

+ Train & bus : $25

+ Kailis: $17

+ Charcoal chicken : $16

+ Brg2 masakan di coles : $20

+ Pinnacle : $12 per car ($3 sorg)

+ Sandboard : $10


TOTAL : RM1490
Tips jimat! Pegi 4 orang!
Pengiraan berdasarkan trip 4 orang. Total expanses kereta, homestay, entrance fee pinnacles, barang2 masakan semua dibahagi empat (4) orang.

Journey ini tak pergi zoo, tak tengok kangaroo. Lebih kepada trip yang menghayati keindahan bumi Perth.
Hari Pertama

Sampai Perth pukul 4 petang. Sampai bahagian imigresen, kami kena check beg dengan pegawai dekat sini. Maybe sebab ktorang declare bawa barang makanan, so dia check very detail dalam beg kitorang. Tapi alhamdullilah lepas je semua, segala brahim, serunding, sambal belacan, maggie, milo, tuna dan lain2. Hehe.
Kat airport, terus pergi beli simcard optus. Harga $15 utk 7hari, sehari dapat 1GB. Lepas tu pergi solat dekat surau yang terletak sebelah kiri bila keluar dari arrival gate tu. Surau tu campur laki dan perempuan jadi jangan terkejut kalau nampak laki/perempuan dalam tu.
Selesai je solat, terus keluar dari airport dan menuju ke homestay pertama kami area Minland. Tempah guna Airbnb waktu dekat Malaysia, dalam 2 minggu sebelum berlepas. Agak lewat tempah sebenarnya so harga mahal sikit. 1 malam dlm RM280 camtu, tapi still ok sebab duduk 4 orang.
Ada 2 option nak pegi ke homestay kami area Mindland (jauh sikit dari Perth City)

1) Naik uber ($28 per car, activate guna kredit card, tak boleh guna cash)

2) Naik bas ($4.7 per person valid untuk semua public transportation within 2 hours)


Last sekali kami pilih option 2. Naik bas sebab takut nak spent, yelah baru 1st day. Sampai homestay, masak2 dan prepare untuk tidur.
Hari Kedua
Bersiar-siar area Perth City, Fremantle guna public transport (bus & train). Kitorang beli a day pass berharga $12.8.
Ini list tempat yang kitorang pergi.








1) King Park Botanical Garden (jalan kaki merentas hutan jauh gakla dlm 5km ada kot)

2) Kailis (makan fish & chip famous)

3) Fremantle City & Beach

4) Elizaberth Quay

5) Perth Cbd
6) Usha perfume dekat Chemist Warehouse area Fremantle

7) Beli barang2 makan untuk masak dekat Coles Fremantle (coles ini yang tesco kita dekat Malaysia, ada banyak cawangan)

Hari Ketiga

Check out homestay area Minland dan terus ke aries car rental yang terletak di 166 Adelaide Terrace. Selepas bayar booking dengan sewa gps, kami pun terus bergerak round Perth City dan Fremantle. Planning asal nak ke Pinnacles tapi disebabkan dah lewat kami buat keputusan untuk pegi sana next day je. Di Perth, pukul 5.42 ptg dah gelap, dan kita memang dinasihatkan untuk tidak memandu di area luar bandar after pukul 5 sebab time tu kangaroo tengah aktif. Takut kemalangan.

So list tempat kitorang pergi pada hari ketiga:


1) Blue boat house. Foc.

Kitorang parkig area universiti yang berdekatan, risau sebab banyak dengar kes kereta kena pecah area kawasan blue boat house tu. Kalau nak ke sini better pegi awal pagi untuk dapatkan gambar yang cantik dan juga  tak ramai orang time tu. Time kami pergi agak ramai juga yang beratur sebab haritu ada convocation university.

2) Fremantle Market. (Buka jumaat sabtu ahad je)




Buka hanya JUMAAT SABTU AHAD sahaja. So sesiapa yang plan nak beli souvenir boleh beli siap2, jangan jadi macam kami plan nak beli time nak balik hari Isnin rupanya tutup! Nangis tepi buku katil.

Dalam ni ada orang jual makanan, buah-buahan, sayut-sayuran, souvenir boleh beli dekat megabes ada dalam fremantle market ini jugak.

3) Eshed. (Buka Jumaat Sabtu Ahad sahaja)

Tempat beli souvenir jugak sama macam fremantle market. Tolonglah beli tshirt, hoodies Aussie serius murah. Coklat aussie pun sedap! 

4) Singgah coles dan terus check in homestay yang kedua. Fuhh lawa rumah ni.


Hari Keempat




Check out dan terus drive ke: 

1) Pinnacles (200+ km dr homestay kami, 197km dari Perth City)

Lawa gila tempat ni. Macam kat padang pasir. Bayaran $12 per car.








2) Lancelin Sand Dunes (sand boarding)
Kat sini sewa 1 sand board harga $10 utk 2jam. Boleh la try main sand boarding ni sebab pasir dia haluss yang amat! Rasa smooth je bila luncur tu.


3) Yanchep

4) Singgah pantai area lancelin utk berkelah makan.


5) Spudshed, Innaloo. Tempat beli barang-barang untuk masak, lebih kurang macam Tesco jugak. Lepas tu kami terus ke rockingham untuk check in homestay ketiga.







Hari Kelima

Drive tengok keindahan alam. Ya Allah sumpah lawa tempat-tempat ni. Dalam perjalanan nak ke tempat2 ni pun dah sangat lawa
1) Rockingham City 

2) Lake Cliffton: ni exact location 

https://maps.google.com/?q=-32.745487,115.655342 
3) Bunbury

4) Busselton Jetty

Hari Keenam - Isnin

Cari souvenir. Pegi balik dekat Megabes di Malaga tapi dah tutup rupanya! So alternative lain utk beli souvenir pada hari Isnin adalah di Barrack Street. Nama kedai Australia the gift. Ada 3,4 kedai jual souvenir, tshirt sama mcm Megabes, tp ofcos mahal sikit. Still okay kalau nak beli tshirt, keychains dan fridge magnet. Harga lebih kurang tapi kalau sweater harga jauh lebih mahal dari Megabes.





Jangan lupa kalau sampai Malaga singgah makan di Chicken Charcoal Daniella, sedap! Kedai org Malaysia. Harga sepinggan dalam $16.
Hari Ketujuh - Selasa

Flight balik KL. Time kat airport jgn lupa claim GST lepas dh masuk departure.
Syarat nak claim, beli brg lebih $300 dalam 1 kedai yg sama. Byk resit xpe janji kedai sama.





Kredit: FB Mis Fana

0 comments:

Tempat Menarik di Cameron Highlands Yang Wajib Anda Pergi

Jika anda jemu dengan cuaca panas dan kesesakan ibu kota, larilah sebentar ke Cameron Highlands.

Destinasi nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan.

Tambahan pula terdapat banyak tempat menarik di Cameron Highlands.Menjadikan ia destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa.

Jika anda merancang untuk bercuti ke Cameron Highlands , 7 tempat ini wajib anda pergi.

1. Taman Rama-Rama Kea Farm
Taman Rama-Rama Kea Farm adalah salah satu destinasi popular di Cameron yang bertapak di Kea Farm, Brinchang.

Di taman yang tertutup ini rama-rama terbang secara bebas dan jangan terkejut jika ada yang hinggap di baju anda nanti.

Selain dari rama-rama anda juga dapat menyaksikan gelagat haiwan liar lain seperti ular, biawak dan serangga yang menakjubkan.

Bayaran Masuk: Dewasa RM7 | Kanak-kanak RM4
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 5.30pm)
Lokasi: Batu 43, Kea Farm, 39100, Cameron Highland.



2.MARDI Agrotechnology Park



Mardi Agrotechnology Park Tanah Rata merupakan salah satu tarikan utama di Cameron Highlands.
Seramai 100,000 pengunjung hadir ke sini setiap tahun.

Juga merupakan pusat penyelidikan MARDI yang tertua di Malaysia.

Di sini terdapat 40 jenis bunga rose berlainan, 10 jenis strawberry, dan pelbagai jenis pokok buah-buahan.

Agrotechnology park terbahagi kepada 6 bahagian utama iaitu Rose Garden, Herb Garden, Orchid Garden, English Garden, Research Centre and kedai cenderamata.

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak – Kanak RM 3.00

Waktu Operasi:
Isnin – Khamis (8.00am-12.45pm)
Sabtu-Ahad (8.00am – 5.00pm)
Jumaat (8.00am – 12.30pm / 2.30pm – 5.00pm)


Lokasi: JKR266, Jln Persiaran Endah, Tanah Rata, 39000, Cameron Highlands.

3.Lata Iskandar

Dalam perjalanan ke Cameron Highlands, 25 kilometer sebelum sampai ke pekan Ringlet, terdapat sebuah air terjun bernama Lata Iskandar.

Air terjun ini mempunyai ketinggian 25 meter dan amat sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk menyejukkan badan.

Pada hari cuti sekolah atau hujung minggu tempat ini dibanjiri dengan pelancong yang datang untuk menikmati keindahan air terjun tersebut.

4.Pasar Malam Cameron Highlands

Pada awal Februari 2017, Pasar Malam Cameron Highlands telah pun berpindah ke Sungai Ruil.

Berada di tengah-tengah antara Tanah Rata dan Brinchang iaitu 3.6km dari Pekan Tanah Rata dan 2.3km dari Pekan Brinchang.

Pelbagai jenis makanan boleh didapati di sini, antara makanan yg popular adalah sayur goreng tempura, pelbagai jenis seafood tempura, strawberry, "apple Cameron", jagung mutiara.

Pastikan kalau beli jangung, tengok isi ya...
Kadang2 jagung tersebut dijual dengan harga murah... Tapi isinya muda dan kecil.



Waktu Operasi: Jumaat – Sabtu (6.00pm – 11.00pm)
Cuti sekolah - Setiap hari


Lokasi: Pekan Brinchang, 39100, Cameron Highland

5. Lavender Garden

Lavender Garden merupakan salah satu tarikan baru di Cameron Highlands.

Sesuai dengan namanya, ia adalah Kebun Bunga Lavendar yang pertama dibuka kepada khalayak ramai.

Walaupun kawasanya tidak besar, tetapi ia sungguh berbaloi untuk mereka yang suka bergambar.

Selain daripada melihat bunga anda juga bepeluang untuk menikmati Ice Cream perisa lavender.

Bayaran Masuk: Dewasa RM8 | Kanak-kanak RM5
Waktu Operasi:
Isnin – Khamis (9.00am – 6.00am)
Jumaat – Ahad (9.00am – 7.00pm)


Lokasi: Cameron Lavender Garden, Tringkap, 39100 Cameron Highlands.

6.Air Terjun Parit

Air Terjun Parit ini tersembunyi di dalam taman rekreasi Kampung Sedia tidak jauh jika anda berjalan kaki dari tanah rata.800 meter dari Hotel Pines Century.

Selain daripada bermandi di air terjun, pelawat juga dapat menikmati keindahan hutan hijau di sekitar air terjun.

Terdapat jalan-jalan kecil jika anda seorang yang meminat jungle trekking.

Jika anda merancang untuk memandu kesini anda boleh parking di tempat letak kereta percuma yang disediakan.

Di sini juga terdapat kelengkapan lain seperti tempat permainan kanak-kanak dan tandas.
Lokasi: Tanah Rata, Cameron Highland, 39000

7. Ladang Teh Boh

Sebut saja Cameron Highland, pasti anda terbayang ladang teh hijau yang luas.

Boh merupakan pengeluar teh terbesar di Malaysia.
Mereka memiliki 3 ladang teh terkenal di Cameron Highland yang terletak di kawasan Ringlet dan Brinchang.

Ladang teh yang terletak di Sungai Palas ini mempunyai keluasan 8 ribu ekar.

Merupakan ladang teh yang terluas di Asia Tengara.
Di sini anda dapat melawat kilang teh sambil mempelajari sedikit tentang process membuat uncang Teh Boh.

Anda juga boleh berehat sambil menghirup satu cawan teh Boh panas di kafe yang disediakan.

Jika anda hanya sempat melawati satu tempat sahaja semasa berada di Cameron Highland nanti, pastikan anda datang ke sini kerana pemandanganya memang luar biasa.

Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00am – 4.30pm)
Lokasi: Ladang Teh Boh, Ringlet, 39200, Cameron Highlands



8. Kebun Anggur

Terdapat 2 buah kebun anggur di Cameron Highlands iaitu di Blue Valley & Bertam Valley.

Musim anggur agak unik sikit, anda kena tahu timing yg sesuai untuk datang @nak bergambar & petik anggur.





Kredit: Komuniti Cameron Highlands

0 comments: