Movie Animation Park Studios (MAPS), Ipoh Perak

Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh kini offcially dibuka kepada public bermula 26 Jun 2017 lalu. Korang nak bercuti nak bawa anak berjalan terutamanya orang utara dah ada tempat baru & best nak bawa anak-anak berjalan hujung minggu.

Harga Tiket Masuk Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh

Pas Harian
Dewasa (13 tahun ke atas) RM 144.00 RM 190 (Harga asal sebelum diskaun)
Kanak-Kanak (3 - 12 tahun) / Warga Emas RM 114.00 RM 150


Beberapa tips untuk korang :







1) Bawa topi atau payung jika ada anak kecik sebab cuaca memang sangat panas. Bawa towel kecik untuk tutup kepala anak pun ok.

2) Makan minum dilarang bawa masuk sama sekali. Korang akan lalu 1 kaunter untuk scan apa barang dalam handbag / backpack korang nanti. Tapi dalam tu juga ada banyak cafe dan kedai makan yang best. Sediakan duit saja ya.

3) Datang awal pagi (baca: theme park buka pada jam 10 pagi), supaya dapat menjelajahi ke semua section dalam theme park ni

4) Parking lot ada banyak. Parking buat masa sekarang ni FREE, tapi nampak ada autopay machine so tak tahu la masa depan.

5) BoboiBoy 4D Adventure Theatre adalah tempat yang korang wajib masuk. Cuma bayi tidak dibenarkan masuk sebab seat dia nanti gerak2, gegar2, ada kena spray air & ada angin keluar dari seat.

6) Untuk yang ada anak dibawah umur 5 tahun boleh cuba ke Fantasy Forest sbb kat situ banyak mainan kanak-kanak, ada Fantasy Carousel, ada Coral Kingdom, ada Whirling Wizard dan lain-lain yang memang kurang adventure.

7) Ada LIVE stunts show untuk kereta & motorsikal at 1.30pm & 3.30pm oleh professional stuntman, BEST & wajib tonton.
8) Surau ada kat sana, luas & selesa (untuk wanita ada disediakan tempat wudhuk di dalam surau), kain telekung juga disediakan, tapi tak banyak. Better korang bawa telekung sendiri untuk lebih khusyuk dan keselesaan korang.

9) Harga makanan memang standard la untuk mana-mana theme park. Tortilla wrap RM15 and air mineral RM3.50 sebotol yg 600ml. Hot choc TOK ABA RM9 dan sedap.

10) Kebanyakan permainan akan ukur ikut ketinggian kanak2 (120cm ke atas) baru lepas untuk dinaiki, atau 100cm mesti ditemani waris.

Waktu Operasi Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh

ISNIN hingga JUMAAT
10:00 pagi - 6:00 petang


SABTU, AHAD , CUTI UMUM & CUTI SEKOLAH
10:00 pagi - 10:00 malam


MAPS terletak di Persiaran Meru Raya 3, Bandar Meru Raya 3, 30020 Ipoh, Perak. Antara Jelapang dan Chemor, merentasi Lebuhraya Utara-Selatan dari Jelapang. Dari highway PLUS korang boleh perasan bangunan MAPS sebelah kanan jika dari KL.

Cara Pergi Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh

Dengan kereta
- 2 jam memandu dari Kuala Lumpur atau Pulau Pinang, kemudian exit di Tol Jelang PLUS highway


Dengan bas
- Turun di Terminal Bas Amanjaya Ipoh. 2 minit perjalanan kereta naik Grabcar atau Uber


Dengan keretaapi
- Turun di Stesen Kereta api Ipoh dengan menaiki ETS. 15 minit perjalanan kereta naik Grabcar atau Uber


Dengan kapal terbang
- Penerbangan terus dari Singapura ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh melalui Tigerair dan Firefly Airlines.
Penerbangan terus dari Johor ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh melalui Malindo Air. 20 minit perjalanan kereta naik Grabcar atau Uber


Nak lagi detail promo terkini boleh rujuk sendiri laman sosial MAPS Ipoh
Website : www.mapsperak.com



Sumber: Cuti Cuti Malaysia Original

1 comment:


  1. It's going to be ending of mine day, however before ending I am reading this wonderful article to improve my knowledge. capitalone.com

    ReplyDelete