Movie Animation Park Studios (MAPS), Ipoh Perak

Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh kini offcially dibuka kepada public bermula 26 Jun 2017 lalu. Korang nak bercuti nak bawa anak berjalan terutamanya orang utara dah ada tempat baru & best nak bawa anak-anak berjalan hujung minggu.

Harga Tiket Masuk Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh

Pas Harian
Dewasa (13 tahun ke atas) RM 144.00 RM 190 (Harga asal sebelum diskaun)
Kanak-Kanak (3 - 12 tahun) / Warga Emas RM 114.00 RM 150


Beberapa tips untuk korang :







1) Bawa topi atau payung jika ada anak kecik sebab cuaca memang sangat panas. Bawa towel kecik untuk tutup kepala anak pun ok.

2) Makan minum dilarang bawa masuk sama sekali. Korang akan lalu 1 kaunter untuk scan apa barang dalam handbag / backpack korang nanti. Tapi dalam tu juga ada banyak cafe dan kedai makan yang best. Sediakan duit saja ya.

3) Datang awal pagi (baca: theme park buka pada jam 10 pagi), supaya dapat menjelajahi ke semua section dalam theme park ni

4) Parking lot ada banyak. Parking buat masa sekarang ni FREE, tapi nampak ada autopay machine so tak tahu la masa depan.

5) BoboiBoy 4D Adventure Theatre adalah tempat yang korang wajib masuk. Cuma bayi tidak dibenarkan masuk sebab seat dia nanti gerak2, gegar2, ada kena spray air & ada angin keluar dari seat.

6) Untuk yang ada anak dibawah umur 5 tahun boleh cuba ke Fantasy Forest sbb kat situ banyak mainan kanak-kanak, ada Fantasy Carousel, ada Coral Kingdom, ada Whirling Wizard dan lain-lain yang memang kurang adventure.

7) Ada LIVE stunts show untuk kereta & motorsikal at 1.30pm & 3.30pm oleh professional stuntman, BEST & wajib tonton.
8) Surau ada kat sana, luas & selesa (untuk wanita ada disediakan tempat wudhuk di dalam surau), kain telekung juga disediakan, tapi tak banyak. Better korang bawa telekung sendiri untuk lebih khusyuk dan keselesaan korang.

9) Harga makanan memang standard la untuk mana-mana theme park. Tortilla wrap RM15 and air mineral RM3.50 sebotol yg 600ml. Hot choc TOK ABA RM9 dan sedap.

10) Kebanyakan permainan akan ukur ikut ketinggian kanak2 (120cm ke atas) baru lepas untuk dinaiki, atau 100cm mesti ditemani waris.

Waktu Operasi Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh

ISNIN hingga JUMAAT
10:00 pagi - 6:00 petang


SABTU, AHAD , CUTI UMUM & CUTI SEKOLAH
10:00 pagi - 10:00 malam


MAPS terletak di Persiaran Meru Raya 3, Bandar Meru Raya 3, 30020 Ipoh, Perak. Antara Jelapang dan Chemor, merentasi Lebuhraya Utara-Selatan dari Jelapang. Dari highway PLUS korang boleh perasan bangunan MAPS sebelah kanan jika dari KL.

Cara Pergi Movie Animation Park Studios (MAPS) Ipoh

Dengan kereta
- 2 jam memandu dari Kuala Lumpur atau Pulau Pinang, kemudian exit di Tol Jelang PLUS highway


Dengan bas
- Turun di Terminal Bas Amanjaya Ipoh. 2 minit perjalanan kereta naik Grabcar atau Uber


Dengan keretaapi
- Turun di Stesen Kereta api Ipoh dengan menaiki ETS. 15 minit perjalanan kereta naik Grabcar atau Uber


Dengan kapal terbang
- Penerbangan terus dari Singapura ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh melalui Tigerair dan Firefly Airlines.
Penerbangan terus dari Johor ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh melalui Malindo Air. 20 minit perjalanan kereta naik Grabcar atau Uber


Nak lagi detail promo terkini boleh rujuk sendiri laman sosial MAPS Ipoh
Website : www.mapsperak.com



Sumber: Cuti Cuti Malaysia Original

1 comments:

Villa Di Tengah Hutan Tropika, Seremban Negeri Sembilan

Sesuai untuk percutian pendek hujung minggu untuk sefamili. Villa yang menyediakan 1 katil King dan 6 katil single ini memuatkan lebih kurang 8 orang. Dikelilingi hutan nan menghijau, suasana dan permandangan sungguh mengasyikkan. Boleh juga memancing atau hiking kalau nak. Untuk Rate dan Tempahan rujuk di sini: http://smarturl.it/JmPlaccid











Sumber: Jelajah Maya

0 comments:

Pergi Maldives Kurang RM500 SAHAJA

Saya nak kongsi sedikit berkenaan trip and tips nak ke Maldives dengan total cost damage was less than RM500.

Cost flight saya, RM200 nett, naik Air Asia tak inaugural flight. Dan pergi berlima sahaja

Nasib kami baik, sebab dapat naik inanugural flight, jadi dapatlah merasa our plane kena simbah dengan air pili bomba, lepas tu ada persembahan tarian tradisional masyarakat Maldives. Dan pengalaman yang tak boleh dilupakan, dapat minum fresh coconut. Segar dari ladang!

Sampai di Airport, boleh take public ferry to Male (di sini main transportation dia feri. Feri kalau di Malaysia macam ERL).
Airport – Male 20 000 RP or 2 USD. Lebih baik  guna RP lagi murah.

Dari Male City Jetty-Male Main Jetty, naik cab, harga dia 40000 RP or 4USD kalau tak silap (harga per cab). Taxi ini boleh hantar ke jeti yang pergi ke North or South Atoll.

Bagi yang pergi ke South atoll, cadangan saya ambil Pulau Maafushi sebab orang dia lebih civilised. North atoll banyak yang Islamic aggressive sikit.

Dari jeti Male-Maafushi harga dalam 40000RP seorang atau 2USD. Boleh naik private ferry or government ferry. Cadangan lebih baik naik government ferry kerana private ferry angkut semua benda termasuk big fish dan kayu-kayuan.

Kepada sesiapa yang merancang nak honeymoon, lebih baik ambil private resort. Backpacker lagi jimat jika ambil public island seperti Maafushi. Untuk bilik saya cost dalam RM75 semalam untuk 3 hari 2 malam seorang. Jadi, jumlah kesemuanya dalam RM150 untuk 2 malam included tax. Saya ambil 3 star resort, Dhonveli View (bajet resort macam homestay style di Malaysia). All included breakfast tau


Untuk aktiviti pulak, jangan ambil dengan hotel sebab sangat mahal. Boleh ambil dengan company lain yang ada dalam pulau tersebut seperti ICOM. Satu bot untuk snorkelling USD40 untuk 5 orang. Jadi sorang USD 8 which is RM 26 include gear selama sejam. Maksimum 6 orang satu speed boat.

Kalau sunset at Naked Beach, USD20 untuk satu boat. Sunset paling indah yang pernah saya alami… Hehehehe


Kalau bab makan, no worries, halal punya... mee goreng, paling recommended. Nasi goreng pun ada.


Souvenir sangat mahal. Satu fridge magnet USD5. Boleh bargain kalau beli banyak dalam USD3. Tapi make sure tanya  harga dalam rufiya. Jangan perasan orang kaya beli dalam USD...Hahaha..

Lastly, kedai runcit boleh jadi currency converter. Haaaa kat kedai runcit juga ada jual ikan segar untuk dijadikan BBQ. Tak mahal sangat. Seafood semua ready to grill. Just beli tempurung sahaja…

Untuk traveller yang berminat untuk stay di Public Island seperti Maafushi, anda boleh enjoy beberapa benda yang local buat as in rest dalam buaian.

Disebabkan pulau, so belakang resort pun ada pantai juga. Here they are:





Sumber: FB Oren Katique

0 comments:

Korean DEMILITARIZED ZONE (DMZ) Trip

Good Day travellers!! Annyeonghaseyo…!!!

Mahu share sikit tempat yang best di Korea yang aku perhatikan jarang sangat rakyat Malaysia mahu menapak ke tempat seperti itu. Aku pun tak paham WHY?? thrilled kott. Mungkin sebab pakej ke sana agak mahal ke?, sebab jauh sangat ke?, atau memang rakyat kita kurang info tentang tempat itu. Yang dah jejak alhamdulillahlah…..

Korang penah dengar DMZ? Demilitarized Zone? DMZ ini zone kawalan antara South Korea dan North Korea. Korang kena bawa passport untuk masuk ke sini.

So, aku sajikan sikit tips and trick perjalanan ke DMZ dari Seoul:

Korang boleh ambil mana-mana subway up to Munsan station.

Note: Perjalanan ke Munsan naik Koreal (Interchange mana-mana station yang ada Gyeongui Line). Total journey selama satu jam setengah dari Seoul City. Perjalanan ke ceruk kampung-kampung Korea. So jangan terkejut jika korang jadi bahan pandangan umum.

Bila sampai Munsan Station, boleh turun ke Ground Floor and ambil taxi ke Imjingak, kos dalam 4000 Won sahaja.

1) Imjingak

Sampai Imjingak bolehlah ber’cam whore’ dulu sebelum beli tiket DMZ tour. Di Imjingak ada tugu-tugu askar, ada Imjingak Observitory Tower, kedai makan, jalan kereta api yang menghubungkan ke North Korea, ada steam lokomotif yang kena tembak sampai 1000 bullets and pelbagai lagi. Kiranya main station untuk DMZ la.. 

Ok, the bridge of Freedom pon ada kat sini, dari Imjingak dah boleh nampak North Korea

Ticketing info for bus tour:

Price: 8700 won
Duration: 3 Hours tour
Document: passport compulsory
Bus frequency: every 30 mins
Last bus: 4:30-5:00 pm
Closed time: Monday and National Holiday

Nota: Station bus kat bawah bukit, sebelah tourist information centre.

2) Dora Observery

Apabila bas meluncur, maka perjalanan sebenar bermula. Mula-mula pergi ke Dora Observery. Sepanjang perjalanan pass by Unification Village (foreigner tidak dibenarkan masuk) and akan pass by Road Block. Setiap orang passport kena check. Just relax, sit in the bus!

Di Dora Observery ini korang boleh lihat North Korea yang dekat sangat. Pada sempadan periuk api. No worries, ada theater yang explain everything about the place.

Nota: Masa aku pergi kabus tebal sebab winter! Tak dapat tengok North secara dekat.. So the best time pergi time Autumn, Summer and Spring.

3) 3rd Infiltration Tunnel

Selepas itu korang akan bergerak ke 3rd Infiltration Tunnel. Ini salah sebuah tunnel dari banyak2 yang ditemui oleh South hasil dari North Korea korek untuk serang Seoul. Kedalaman tunnel lebih kurang 1200 meter ke bawah. Bila mahu turun kene pakai safety helmet. Tidak boleh bawa kamera atas arahan military. Lepas semput keluar dari tunnel, korang akan dihidangkan dengan video pasal kisah-kisah perang North-South. Special headphone untuk English version.

Nota: Untuk mak jemah yang semput, dinasihatkan lepak je atas bangku tu sebab turun tunnel boleh hilang 3kg!

4) Dorasan Station

Last Destination, pegi Dora Station. Ini train station untuk ke kawasan perindustrian North Korea. Ada askar-askar Korea guard kawasan ni.

Nota: Train boleh naik, tapi sila google bila schedule? and how to ride?.

Maka bermulalah perjalanan ke Imjingak. Di Imjingak, kalau sampai awal sebelum 5:00 pm, boleh mintak tolong Tourism Centre untuk call kan teksi. Kalau tak, kena pergi Taxi Stand sendiri, tempat taxi drop tadi.

Nota: Kalau taxi yang tunggu biasanya ada scam night charge. Tapi beza dia 250 Won je. Dan perjalanan tak jauh pun. No worries. Total dalam 7000 won sahaj. Beza 3000 won dari normal price. Tapi nak buat macamana, takder choice!

Additional info: Korang boleh ambil JSA tour. Yang ni leceh, sebab korang kena mohon dalam 5 hari sebelum visit. Certain country sahaja allowed to visit including Malaysia. Kalau tak approve, all fees burn! JSA tour tutup on Monday, Tuesday and National Holiday.

Credited to Mazlan Zonan for helping!!!


Sumber: FB Oren Katique

0 comments:

Movie Animation Park Studios, Ipoh Perak


Dah mula dibuka untuk umum 26 Jun 2017. Menampilkan lebih 40 tarikan di 6 zon berbeza. BoBoiBoy pun ada. Kepada yang nak gembirakan anak-anak musim2 cuti raya ni bolehlah datang sini. Harga tiket 30% diskaun sempena raya sah sehingga 1 Julai 2017.

Sila SHARE kepada yang teringin bersuka-ria sefamili di sini!











0 comments:

Serama Park Melaka

Korang yang nak acah-acah extreme macam Spiderman tu bolehlah datang sini. Kalau nak buat teambuilding ke, saja-saja bersuka ria dengan famili pun sesuai. Best weh!

Yang nak stay over kat sini boleh sewa Serama Lake View Cabin yang mengadap tasik!

Lokasi: Lot 2727 & 2729, Jalan Padang Keladi, Durian Tunggal, Alor Gajah
Operasi: 10am - 10.30pm
Hubungi: 06-5533957 / 013-3937997 / 017-5030063










Sumber: LIMAKODI

0 comments:

Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh Perak

Best jugak dapat berehat-rehat tenangkan minda melihat persekitaran yang menghijau, sambil menyedut udara segar dari atas bot meredah tasik di Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. Ada jugak air terjun buatan manusia 

5km jer dari bandaraya Ipoh. Kalau nak pergi, disarankan pagi atau petang. Tengahari panas Ya Rabbi!

Taman Rekreasi Gunung Lang
Lokasi: Jalan Damai, Ipoh
Operasi: 8.30am - 6pm




0 comments: