Malindo Air B737-900 Business Class Review

Penerbangan dari Kuching ke Kuala Lumpur KLIA


Airlines Caunter
Penerbangan ini pada aku bertaraf biasa. Permohonan tiket secara online berjalan lancar tiada stuck. Cuma staff di kaunter penerbangan amatlah kurang mesra terutama bagi penerbangan business class mereka harus mesra jika dibandingkan penerbangan lain selain Malindo mereka mempunyai kaunter khas untuk business class

Kertas boarding pass  look cheap.

Lounge
Lounge menyewa ruang plaza premium. Hanya tiga menu sahaja ditawarkan dengan nasi lemak sambal agak kurang menarik, mee kolok dan laksa sarawak. Orange juice taste like tab water. Kurang pilihan minuman soda begitu juga pilihan untuk teh dan kopi. Kelajuan internet bagus dan seat pun ok. Kakitangan ramah dan mesra.

Balai Pelepasan
Balai pelepasan segalanya baik no delay. Announcement clear. Ada papan priority for business class.

On Board
Untuk seat kerusinya agak panjang dan sangat selesa. Cuma mereka kekurangan fungsi kerusi elektronik. Boleh diconsider agak outdated technologies but it's still fine.


Minuman seperti jus mempunyai banyak pilihan. Majalah disediakan juga bagus untuk dibaca...

Pelbagai pilihan makanan dan minuman yang sedap. Terdapat empat pilihan makanan di atas kapal. Beberapa pilihan minuman seperti soda dan minuman teh serta kopi. Presentation kulinari pun sangat mengagumkan. 




Kualiti skrin IFE hebat. Tapi pilihan entertainment  teruk dan kurang menarik. 

Agak kurang menarik uniform yang dipakai cabin crew. Nampak macam "maid". Seragam tersebut tidak sesuai untuk peringkat International for my opnion. Mereka perlu perbaiki, menukar gaya rambut. Cabin crew semuanya ramah but body gesture like a low cost crew.

Pengalaman kabin: ia adalah amat baik bagi penerbangan ini untuk saya dan ianya ambience. Rasa seronok dengan persekitaran mereka. 

Proses tuntutan baggage dan luggage laju dan cepat.

Pengalaman keseluruhan sangat bagus. Pelbagai pengalaman tak dapat dilupakan terutamanya pilihan makanan dan minuman yang enak.

Saranan: it is really recommended to fly with Malindo Air for Business Class. Ia boleh dikatakan yang terbaik untuk business class for local airlines


Sumber: FB Oren Katique

0 comments:

10 Incredibles INDIA Cities

Eksplorasi jelajah India. Bermacam-macam ragam dan budaya dapat dinikmati dan dilihat di sini.
Antara Negeri-Negeri yang dilawati.
1) Chennai, Negeri Tamil Nadu, Bahasa Tamil.

Dusty, Lalulintas sesak macam Jakarta dan jalannya kurang elok. Shopping sari murah dan menarik. Kereta gerak 40km/h sahaja. cuaca agak panas.

IMG_6316
2) Bengaluru, Negeri Karnataka, Bahasa Kannada

– Jalan cantik seperti di Malaysia, Silicon valley. Night life yang sangat best di Bangalore. Suasana sejuk dan nyaman.

IMG_6324
3) Cavelossim, Negeri Goa, Bahasa Marathi dan Konkani

Beach life yang best. Boleh lihat sunset di sini. Makanan yang dijual juga murah. Jalan raya tidak sesak dan tenang sahaja.

IMG_6399
4) Mumbai, Negeri Maharashtra, Bahasa Marathi.

– Penempatan yang semak dan miskin. Pengemis bergelimpangan (bapuk peminta sedekah pun ada) Banyak scammer dari kalangan auto. Jalan teramat sesak. Tetapi Airport yang cantik. Business City in India. Inilah tempat Bolywood artis2 Hindustani.

IMG_6434
5) Hydrabad, Negeri Talanggana, Bahasa Telugu.

– Beriani yang teramat pedas di India. IT city. Consider as Muslim City. Jalannya yang elok.


6) Pune, Negeri Maharashtra, Bahasa Marathi.

-Small business city. First donald trump tower in India. City nearby small airport

7) New Delhi, Negeri Delhi, Bahasa Hindi.

Metropolitan city. Airport yang best. Makan beriani best di Ahmed. Ada Metro. Highway yang cantik. 16 lane platform di New Delhi Train Station. Most expensive tax in India.

8) Gurgaon, Negeri Haryana, Bahasa Hindi.

– Business city. Pembangunan yang lebih teratur dan terancang. Good night life (night club). Very expensive sales tax in India.

9) Agra, Negeri Uttar Pradesh, Bahasa Urdu.

City of Taj Mahal. Scammer from travel auto, agents and photographer. Taik lembu, taik kuda memang bersepah! Bau sampai terkena seluar. Dusty.

IMG_6516IMG_6522
10) Jaipur, Negeri Rajashtan, Bahasa Hindi

– Dusty. Ada amber fort, hawa mahal, and few more. Bandar Unesco. Pink City. Ada kuda, keldai, unta and gajah sebagai pengangkutan utama selain taxi and auto.


IMG_6580IMG_6554
Sebelum aku ke India, monolog dalam hati “this is my first and last i’ll travel to India” tapi once experienced my self, India is incredible!" Cuma, my cost to India is radiculous because I scared to eat street food. Semua makan di 4 and 5 star Restaurant. Dan penggunaan pengangkutan awam kebanyakkan menggunakan chauffeur.


Sumber: FB Oren Katique

0 comments:

Trip 5 Hari 4 Malam Ke Sabah Kurang RM 500 Seorang Included Flight Ticket

Baru-baru ini selepas pulang dari Sabah ramai kawan-kawan yang mesej tanya review tentang Sabah. Jadi perkongsian ini diharap dapat membantu sesiapa  sahaja yang berhasrat untuk bercuti ke Sabah.

Trip ke Sabah aku pergi 5 hari 4 malam bersama² geng² sekolah rendah aku dan sehingga sekarang still menjadi bff(best friend forever) walaupun zaman sekolah dulu bergaduh bagai....hehehe....

Jadi kita fokus pada tujuan asal perkongsian trip ini. Boleh baca point2 di bawah:


FULL BAJET UNTUK 5 ORANG :

°°Hotel 5 hari 4 malam ( RM 343.94)
°°Kereta Proton Saga selama 5 hari ( RM 400)
°°Minyak (RM 90)
°°Pulau (RM 340) (rm68seorang) termasuk harga² Bayaran tambah
°°Makan seafood 2x ( rm250)
°°Dairy farm (rm25)
°°Fish Spa ( RM 25+ 4)
°°Hotspring ( RM 15)
°°Kinabalu Park (RM 15)
°°Aiskrim Dairy Farm (RM 26.50)
°°Lokan Bakar (RM 24) dua set

seorang = RM 311.70
+ makan RM 50
+ tiket RM 120

TOTAL = RM 481.70 seorang 

JADUAL PERJALANAN

HARI 1
-Smpai Kota Kinabalu
-Ambil kereta sewa, makan dan solat
-Terus pergi Kundasang
-Check-in Hotel Ayana Hotel
-Jalan² area Kundasang
-Makan kepak ayam 👍
-Makan malam Kat restoran Panataran depan Kinabalu Park
-Balik rehat hotel

HARI 2
-Sebelum  jam 8 pagi sudah gerak ke Desa farm
-Ikan spa ( lupa nama )
-Kolam air panas Poring
-Crystal Hill
-Pasar sayur dan buah buahan Kundasang
( macam Cameron)
-Balik tidur zzzz

HARI 3
-Awal pagi  ke Kinabalu Park
-Pusing Kundasang sepuasnya cari makanan.
-Turun KK
-Singgah Jambatan Tamparuli
-Makan lokan bakar di area Uitm Sabah
-Singgah usha UMS
-Jalan² pasar Philippines
-Makan seafood Kedai Glam seafood (Kedai kuning)
- tidur zzz

HARI 4
-Bersiap pergi Jesselton Point untuk cari pakej ke pulau ambik 3 pulau terus smpai petang(kaunter 10)
-Lepas maghrib jalan² pasar malam (depan pasar besar)
-Makan seafood Kedai Haji Manja 😘
-Balik tidur zzz

HARI 5
-Bersiap shopping area plaza mall situ
-Shopping area pasar Philippines bnyk kedai² menarik area situ
-Pusing² Kota Kinabalu
-Tanjung Aru
-Balik

#TIPS Ke Sabah

1- Datang Sabah tolong baca review banyak² ibarat mahu backpack ke luar negara baru best tak tertinggal apa²...

2- Booking awal² hotel, homestay, hostel, area Kundasang. Jangan last minute booking jawabnya tidur dalam kereta la..

3- Sewa kereta awal² sekurang²nya sebulan sebelum pergi nanti susah dapat pula yang mahal². Aku sewa saga mereka ambil kami di airport ini nombornya 013-877715 murah sungguh.

4- Pergi Kundasang dulu bila smpai.KK destinasi selepas itu dan pulau btter pergi hari 2 hari sebelum balik nanti hitam muka hangus 😂

5 - Makanan di Kundasang kuantiti 1 pinggan tu banyak tau satu pinggan boleh makan untuk 2 orang hehe..

PEKAN NABALU
•Sampai Kundasang jumpa Pekan Nabalu. Di sini boleh la nak usha² barang kraf ada macam² hasil kraf

AYANA HOTEL



•Kami stay Ayana Hotel..seyes cantik n prived sesuai untuk kami yang bising ,x mengganggu org lain tido hahah...

Hotel, chalet, homestay atau apa sahaja boleh surf Google, Trivago, Agoda dan Facebook..

Aku usha dekat Agoda sahaja sebab bajet.

PEKAN KUNDASANG
•Jalan² pasar sayur-sayuran dan buah-buahan segar tepi² jalan macam² ada bagaikan pasar Cameron dekat situ

•Cari kepak ayam madu famous area Kundasang Warl Memories. Orang cakap kepak ayam depan tandas awam (buruk sikit warnanya) Serius sedap. Cuba jangan tak cuba

• Kalau pagi akan nampak view gunung Kinabalu dari tengah² bulatan gobis tu pasti gambar kelihatan cantik ala2 New Zealand gitu.

DESA PARK


• Pukul 8 pagi atau awal lagi sudah gerak pergi Desa Park sebab pagi² akan dapat view gunung Kinabalu dan tengok lembu ala² jalan-jalan ke New Zealand haha..
•Bayaran RM5 seorang.
•Jangan lupa makan aiskrim dan susu kotak kat sin sedap dan terbaik aku yang tak minum susu lembu pun boleh telan. 
•Bileh tengok orang perah susu lembu jugak

FISH SPA

•Ikan kelah bayaran RM3 seorang. Di sini kita boleh letak kaki biar ikan main² sambil buat rawatan spa kat kaki, kalau sapa yang berminat untuk mandi bersama ikan pon boleh tapi awal² memang geli dan takut lama kelamaan okey jer best. Wajib datang sini walaupun jauh sikit..

KOLAM AIR PANAS PORING
•Bayaran masuk sini RM3 seorang. Dalam ni ada kolam ayer panas dan macam2 aktiviti seperti conopy walk. Disebabkan kami memang datang bercuti jadi kami hanya pergi bahagian air panas sahaja.

•Tips bawa baju salin dan sebab rugi jika tak mandi kolam air panas  di sini sebab ianya dibahagikan kepada kumpulan2 jadi boleh mandi manda tanpa rasa segan sangat.

CRISTAL HILL
• Jalan ke atas memang dugaan gila saja mencuba nak tahu ada apa rupanya view sangat menggoda jiwa. Time kami pergi dah nak maghrib jadi lagi cun bila nampak matahari merah² kat Gunung Kinabalu. Sini sebenarnya hotel jadi sesiapa mahu berbulan madu memang sesuai sangat 😁

KUNDASANG PARK
• Bayaran RM3 masuk² pergi belah kiri tau sebab belah kanan tak da apa sangat just ada tugu je. Sini cuaca dia tak menentu tapi suhu di sini sejuk sangat sampai kadang² kabus penuh walaupon tengahari ( kata orang la).

KUNDASANG WAR MEMORIAL
•RM3 tempat bersejarah kawasan dia dekat dengan area Kundasang tempat² bersejarah zaman dulu.

LOKAN BAKAR 

•Sini memang destinasi wajib kena pergi tempat ini dah lama bertahun2 wujud..antara sumber pendapatan kawasan ini. Lokan bakar ni harga mampu makan selonggok 12, 8, dll aku pon lupa dah. Specialnya di sini lokan dan puding kelapa. Serius memang wajib cuba pudingnya pasti tak boleh lupa

PASAR PHILIPPIES
Sini terkenal dengan tempat jualan barang² mutiara dan barang kraf yang lain. jadi di sini salah sati tempat pelancongan dan banyak pilihan untuk dijadikan cenderahati memang tergoda dan rambang mata

PASAR MALAM PHILIPINO
•Kawasan dia berhampiran dan berhadapan dengan Pasar Philipine tu cuma yang membezakannya hanya buka jam 7 malam

•Tapi rahsianya sini harga  jauh lebih murah dari pasar philipine dan kadang² 2 kali ganda. Jadi tips shopping beli la di pasar malam ini. Barang yang sama dengan harga berlainan dan mengapa perlu bayar lebih jadi pandai² la memilih 😁

KEDAI MAKAN SEAFOOD
-Makan seafood dekat area todak. Sini macam² kedai ada pilihh sahaja. Malam ke-3 dan ke-4 kami makan di Kedai meja kuning dan Haji Manja.Kenapa 2 kali pergi makan seafood?? Sebab rasa berbaloi-baloi dan kalau balik semenanjung  tak makan dah hahha ( sekali makan RM 100)

PULAU MANUKAN,SAPI MAMUTIK
• Sebelum nak pergi pulau kami kena usha harga pakej pulau kat Jesselton Point Waterfront. Di sini banyak pilihan kaunter yang korang semua boleh pilih ibarat macam TBS boleh pilih mana perkhidmatan dan harga yang dihendaki. Kami ambil pakej 3 Pulau terus dekat kaunter 10. Aku recommend sini sebab bagi aku khidmat mereka terbaik sangat sebab :

harga pakej 1 pulau RM 23
2 pulau 33
3 pulau 43
Sewa dan bayaran terminal fee ( RM25)
Total 68 seorang

•Jaket keselamatan mereka provide baru dan warna oren mudah dari jauh nampak dan kenal pasti

• Tips time di pulau ini bawak bekal untuk makan sepanjang hari dekat pulau jangan risau sunburn rugi datang Sabah tak mandi laut air dia  cantikkkk 🐟🐬seorang

TIKET FLIGHT
°° Beli awal² insyaAllah sekarang AirAsia asyik buat promosi ja...beli ja...prinsip ak beli ja..klu x beli sampai tua dok pikiaq duet xdak... Tiket p balik kami RM 120 seorang..



Sumber: FB: Yana Suhaimi

1 comments:

Balik Kampung Dari UK Ke Kedah Dalam Masa 75 Hari Termasuk Bulan Puasa

Masih ingat lagi sebuah keluarga dari Malaysia tinggal di UK ingin pulang beraya di kampung di Kedah pada Julai 2013. Mereka sekeluarga seramai enam orang dari Malaysia,  menghasilkan rekod baru dengan balik kampung dari United Kingdom ke Kedah, Malaysia hanya dengan memandu sebuah Caravan iaitu sejenis van yang mempunyai kelengkapan seperti di dalam rumah. Menariknya di sini, mereka melakukan trip balik ke kampung ini pada bulan Ramadhan. Kalau di negara barat, menggunakan Caravan untuk berpindah satu tempat ke satu tempat memang dah perkara biasa, cuma perbezaannya adalah jarak. Perjalanan keluarga ini akan merentasi 38 buah negara, selama 75 hari, dan sejauh 28, 646 km merentasi dua benua.





Keluarga ini juga menggunakan Caravan jenis Mercedes Sprinter 1998, dari Seaham, Sunderland ke Kubang Pasu, Kedah. Jamal Ismail 44, bersama-sama isterinya, Sofinee 38, dan 4 orang anaknya, iaitu Sabeera 17, Sumrah 13, Syameem 15, dan Sei, 10, sudah lama merancang trip balik kampung yang thrill ini. Biasa orang perjalanan dari KL ke Kelantan pun dah rasa penat, inikan pula dari UK ke Kedah, pehh! memang gigih kan...





0 comments:

Bayar ECONOMY CLASS Tapi FLY BUSINESS CLASS.. Nak Tahu Macam Mana?

Ramai di antara kita yang tau brand Airlines seperti Air Asia dan MAS sahaja kan? (Tak semua, tetapi bilangan tu ramai). Malah yang sedihnya, ada yang rasa Air Asia tu jauh lagi murah, walau kadang2 airlines lain boleh beat the price dengan luggage 20-30kg, makan minum disediakan dan entertainment on board for free!




Jadi tanpa berceloteh panjang, saya mahu share cara bagaimana jika  fly dgn Airlines lain (full service airlines) dengan harapan untuk free upgrade or pay less for business class cabin


Saya pernah diupgrade untuk beberapa Airlines lebih 10 kali sepanjang hidup saya. Dengan membayar ticket economy, tapi saya mampu merasa business class cabin.



Situation Upgrade:
1) Upgrade melalui online service. Boleh surf to this website www.optiontown.com. Dengan website ini, kita boleh upgrade ticket economy to business class ticket dengan bayaran yg minimum. Jika dahulu, MAS ada join UTO, tapi sekarang hanya beberapa Airlines sahaja seperti Vietnam Airlines, Air Asia dan sebagainya. Saya pernah tambah RM110 untuk merasa business class MAS. Jimat, sangat kann?




2) Upgrade using frequent traveller cards such as Enrich, Skyward, Qmiles, Royal Skies etc hanya tolak point
3) Request dengan check in counter. Untuk teknik ini, di sini dikongsi beberapa tips:
a) pakai macam ala-ala businessman
b) confident untuk request
c) mention you're frequent traveller
d) request untuk flight yg tak banyak orang

 dalam business class cabin contoh; 
-MAS ke London waktu pagi 
-Emirates ke Dubai waktu pagi

4) Jika tak lepas request di kaunter, boleh request dalam kabin dengan Senior Flight Officer (SFO) atau Ketua Pramugari. Ada yang berbayar, tapi please request for free. Teknik ini kene guna PR skills yang tinggi dan confident level 100%.
5) Kalau kenal dengan pilot, boleh minta terus dengan pilot… Hahahha… Ini yg paling ‘wink’.
So, benefit utk business class:
a) luggage lebih 10kg
b) priority baggage claim
c) priority immigration clearance




Kalau PR level tahap si kancil, boleh je beli direct dari website. Selalunya tak mahal… Pernah ticket business MAS ke Bangkok dan Phuket lagi murah dari economy. Begitu juga Royal Jordaniaan.






Qatar pula selalu buat promo buy 1 free 1
Selalu usha Web Airlines. Saya penah dapat promo. Closing route Qatar Singapore-Jakarta and opening route Singapore-Bali dengan harga lagi murah dari economy Singapore Airlines.




Sumber: FB Oren Katique

0 comments:

Kepyok Resort Homestay, Beranang Selangor

Kepyok Resort Homestay
Alamat : 
Kg. Kuala Pajam, Beranang, Selangor 
(atas Semenyih)
012-370 6817
















0 comments: