Gem Island Resort & Spa Terengganu

Berjiran dengan Pulau Kapas, Pulau Gemia terkenal di kalangan pelancong asing berbanding tempatan kerana ia agak sunyi dan tersembunyi. Namun keindahan alamnya sangatlah cantik dan mempersona. Boleh masukkan dalam senarai cuti-cuti Malaysia anda.
Di pulau ini hanya ada satu resort, Gem Island Resort & Spa. Terdapat 45 villa air yang cantik. Untuk ke sini korang bolehlah naik bot dari jeti Marang dan mengambil masa 15 minit untuk sampai. Anda akan disambut dengan swimming pool yang unik diperkarangan resort, kolam air laut!

Sangat sesuai untuk buat wedding, berbulan madu, family outing mahupun sekadar merehatkan minda dari hingar bingar kota.
Lokasi: Lot 2804, Pulau Gemia, Mukim Rusila, Marang
Hubungi: 03-62055555
Email: irene@gemisland.com.my













Sumber: LIMAKODI

0 comments:

Burger Bakar Masjid Tanah Melaka

Kepada penggemar burger bakar, korang kena cuba Burger Bakar Masjid Tanah. Meleleh-leleh cheese dia, rasa patty daging, ayam atau kambing dia memang padu, home made la katakan.
Kalau nak Giant Burger 1.5kg sebesar pinggan pun hado, boleh la share reramai! Lepas tu, kalau korang ada majlis keraian besday ke, bertunang ke, kahwin sekalipun, kalau nak kelainan boleh tempah Burger Warna Warni atau Kek Burger Bertingkat! Berapa tingkat nak boleh adjust ikut budget. Booking awal-awal. Memang orang akan ingatlah majlis korang!
Lokasi: Gerai No.1 Bukit Beringin, Masjid Tanah, Melaka
Operasi: Isnin - Sabtu 5pm - 12am
Hubungi: Mohd Hairi Hussin 013-6113577 atau 017-3157808







Sumber: LIMAKODI

0 comments:

Old Street Roof Top Batu Pahat Johor

Macam-macam karektor kartun ada di sini. Snow White, Kung Fu Panda, binatang2 dalam Madagascar dan banyak lagi. Dah macam mini Disneyland jer.
Nak selfie2 kat sini best. Budak-budak mesti suka. Mak dan bapak budak jangan terlebih sudah hehehe.
Old Street Roof Top
Lokasi: Tingkat 3, OSCC Batu Pahat
Operasi: 6pm – 12.30am








Sumber: LIMAKODI

0 comments:

Terra's Tree House, Cameron Highlands Pahang

Rasai pengalaman tinggal atas pokok? Bolehlah ke Terra's Tree House - Terra Forest Farm yang berlokasi di Cameron Highland ni. Buat team building ker, gather2 famili ker, ramai-ramai mesti seronok. Lebih-lebih lagi kepada yang pemcinta alam semula jadi, pelbagai spesis serangga boleh ditemui di sini. Korang kena jung trekking dalam 300m naik bukit untuk sampai ke sini
Ada 6 buah tree house di sini dengan kesemuanya punyai permandangan hutan belantara nan menghijau. Di dalam pula, ruang tamu yang luas, katil dilengkapi cadar organik yang bersih. Ada tandas moden, jangan risau,dapur pun ada, korang boleh minta sayuran organik, bijirin dan mee untuk dimasak.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut bolehlah:
Email ke: terratreehouse@gmail.com
SMS ke 012-2192582 atau 012-6613299


















Sumber: LIMAKODI


0 comments:

Cafe Food Truck di Besut Terengganu

Cafe Food Truck berkonsepkan bas hasil kreativiti ank Terengganu. Berlokasi di Seberang Jerteh, Besut. Kepada yang tercari-cari kelainan, bolehlah ke sini. Ada western food, Mexican food dan makanan2 tempatan juga katanyer.
IG: boombusticfoodtruck
Hubungi: 010-5705305 / 013-9897545

Operasi: Agak pelik sikit, siang takder, malam jer ada, pukul berapa start niaga kena tengok FB dorang hihihi...





Sumber: LIMAKODI

0 comments: