Tips Yang Masuk Akal Untuk Travel Setiap Hujung Minggu Dengan Bergaya

“Travel Like A Boss, Pay Like A Beggar”


Tips yang masuk akal untuk travel setiap hujung minggu dengan bergaya berserta bajet yang minimal atau tak guna duit lansung pu tetapi dengan lagak yang mewah.

Sejak dua menjak ini, ramai pula yang kecam abam travel pada tiap-tiap minggu dengan menggunakan hashtag #travelbajet #traveltakderduit ni. Yelah, mana taknya, travel hanya naik business class, makan di Hard Rock Cafe, makan lobster. Mana tak hangin netizen dengan abam bila abam upload semua tu. Okeh dik, mari abam kongsi sikit ilmu abam yang tak seberapa ni.

1) Rancang Parameter Kos: 
Mula-mula set parameter, berapa harga tiket flight, berapa harga penempatan, kos makan minum, kos pengangkutan dan sebagainya. Parameter kos adalah penting untuk anda tahu berapa jumlah yang bakal anda keluarkan nanti.

2) Rancang target kos;
Rancang target kos berdasarkan kesesuaian bajet anda. Katakan kos travel anda RM500 untuk ke Kuching. Namun, anda hanya ada RM100, jadi anda perlu set target untuk anda cari RM400 lagi. Macamana? Kita kupas sekejap lagi.

3) Rancang Strategi: 
Rancang strategi anda untuk anda mencapai target. Contohnya strategi sebelum travel, semasa travel dan selepas travel.

Antara strategi-strategi yang saya boleh saya kongsi ialah:

Sebelum Travel (Pre-Travel):

a) Bisnes Sebelum travel:

  • Jualan Sementara (Temporary Business):

Katakan tadi anda perlukan lagi RM400 untuk ke Kuching. Apa yang anda perlu buat ialah buat bisnes sementara (temporary business). Terdapat macam-macam peluang bisnes dalam talian (online) yang berbentuk sementara. Contoh, anda terjumpa sales perfume, tudung, toiletries beg di mana-mana mall. Apa lagi, ambil la pesanan dari rakan-rakan Facebook anda. Untung sebanyak RM200-RM500 untuk satu jualan senang untuk dicapai sekiranya anda usaha dan rajin. Kaedah dropship juga boleh diguna pakai.

  • Jualan Tiket Final Call Air Asia:

Rajinkan diri anda untuk  mengikut rentak Air Asia Final Call sekiranya ingin travel dalam masa terdekat dan pada hujung bulan. Anda bole mengajak teman-teman untuk travel bersama menggunakan  big points anda dan dalam masa yang sama ada boleh jual big points anda kepada mereka. 

Tips: Anda bole mengajak kawan-kawan anda untuk travel dengan anda dalam kumpulan, kemudian buat pembelian sekaligus dalam satu transaksi, serta kenakan mereka dengan yuran servis (service fee). Sebagai contoh untuk satu tiket, ambil yuran servis  sebanyak RM50, jika tiket tersebut hanya RM150, anda jual kepada 3 orang, tiket anda ke destinasi tersebut adalah percuma. Jika lebih, anda bole masukkan dalam tabung penginapan.

  • Jadi Travel Ejen yang Tak Bertauliah:

Ringan-ringankanlah mulut untuk tawarkan diri anda jadi travel ejen yang tak bertauliah. Target market: mak cik-mak cik kat pejabat, mak cik- mak cik kenalan keluarga anda, kawan-kawan pejabat serta siapa sahaja yang tidak biasa dengan Online Travel Agent (OTA). Untuk tiket yang lebih murah, guna Traveloka (Asean Countries). Kebiasaannya ada diskaun sehingga 15% sekiranya anda menggunakan special code. Quote mereka untuk harga biasa, namun, semasa pembelian, gunakan promo code, dan untung yang akan anda dapat sebanyak 15% ataupon RM100 maksima untuk setiap pembelian, bole dimasukkan ke dalam tabung travel.

b) Manipulasi Keahlian Program Setia (Loyalty Program)

  • Keahlian Hotel:

Ingin menginap hotel secara percuma? Atau menginap di hotel 5 bintang yang berharga RM500 semalam tapi anda hanya bayar RM100 semalam? Senang je, lupakan Trivago, lupakan Air Asia Go. Walau Trivago membandingkan dengan harga yang murah dan Air Asia Go kononnya ada banyak diskaun, namum untuk jangka masa panjang, ianya tidaklah menguntungkan anda pun. 

Seperti saya, Agoda menjadi pilihan saya. Setiap kali saya menginap, saya akan diberikan point yang akan ditukar kepada nilai USD 25 untuk 12500 points. Ringan-ringankan juga mulut untuk menolong rakan-rakan anda untuk tempah bilik hotel menggunakan akaun anda. Point hasil dari tempahan akan menjadi milik anda sepenuhnya.

Selain Agoda, banyak lagi syarikat lain yang akan menawarkan pakej yang menarik untuk pelanggan tetap mereka. Jadi, tiada alasan untuk anda bergaya sewaktu travel setelah point anda segunung nanti. 

Nota Agoda: Penebusan mata ganjaran Agoda adalah untuk pelanggan yang pernah menggunakan perkhidmatan mereka sebelum 1 April 2014. 

Namun, Agoda telah menggantikannya dengan Point Max untuk penebusan ‘Airlines Miles’ dan Reward Gift untuk penebusan bilik hotel.

  • Kad Kredit Mesra Traveler:

Kad kredit ini sebenarnya penting untuk traveler. Selain membantu anda untuk beli tiket semasa promosi yang tidak dijangka, sesetengah kad kredit membolehkan anda untuk memasuki lounge di lapangan terbang secara percuma mengikut taraf kad anda. Sebagai contoh AEON Gold Card memberi keistimewaan kepada pengguna mereka untuk memasuki lounge secara percuma sebanyak 5 kali setahun. Tak susah bukan untuk menikmati lounge seperti VVIP walaupon menggunakan penerbangan tambang murah.

  • Ahli Setia Kad Penerbangan:

Menjadi orang yang setia ini memang banyak kelebihan dia. Tak lupa juga untuk Kesatuan Pernerbangan. Terdapat 3 kesatuan penerbangan yang popular di dalam dunia iaitu One World Alliance, Star Alliance and Sky Team Alliance. 

Perkara yang pertama yang anda perlu tahu ialah, kenal pasti syarikat penerbangan anda dari kesatuan yang mana dan siapa ahli dari kesatuan tersebut. Pilih salah satu dari rangkaian mereka. Contohnya saya memilih Qatar Airways untuk One World, Garuda Air untuk Sky Team dan Lufthansa untuk Star Alliance. 

Untuk pengetahuan anda, sekiranya anda pemegang Silver, Gold atau pun Platinum Card, anda bole menikmati keistimewaan yang ada pada kad anda seperti memasuki lounge secara percuma atau menolak dari point anda secara bergaya. Kad keahlian juga bole digunakan untuk menaik taraf kelas ekonomi ke kelas perniagaan atau kelas perniagaan ke kelas pertama. 

Nota ringkas: Emirates dan Ethihad tidak menyertai mana-mana kesatuan. Jadi adalah penting untuk memiliki kad mereka juga.

c) Bayar Kurang, Bergaya Lebih

  • Naik Taraf Kelas Perniagaan dengan harga minimal:

Sekiranya anda telah membeli tiket kelas ekonomi tapi teringin nak bergaya dengan kelas perniagaan namun ada masalah dengan kekangan bajet? Tak de hal! Jika anda terbang menggunakan Malaysia Airlines, anda bole membuat bidaan dengan harga minimal untuk anda dinaik taraf ke kelas perniagaan. Jumlah harga yang akan anda bayar adalah jauh lebih rendah dari harga kelas perniagaan yang sebenar. Untuk pengguna Air Asia X dan Vietnam Airlines, anda juga tidak perlu risau. Anda bole mengunakan laman web optiontown untuk membuat bidaan.

Semasa Travel (Event date):

a) Bisnes Semasa Travel

  • Personal Shopper:

Sekiranya anda pergi ke kota fashion, jangan lupa untuk menawarkan diri anda sebagai personal shopper. Apa tu personal shopper? Personal Shopper ni, kita tolong belikan barang berdasarkan apa yang dipesan dari pelanggan. Macamana nak dapat untung? Anda bole caskan pelanggan anda RM10-RM30 sebagai contoh untuk satu barang yang berharga bawah RM1000. Tambahan lagi, anda juga boleh membuat tuntutan cukai perkhidmatan dan barangan (GST and VAT) sebanyak 6-11% berbeza pada setiap Negara. Katakan beg LV berharga RM5000, 11% dari harga tersebut bersamaan RM550. Bayangkan untuk satu Bandar sahaja anda mampu memperolehi RM550 untung.

  • Jualan Barang Branded:

Selain dari menjadi Personal Shopper anda juga bole menjual barang-barang branded seperti hand bag, mandian dan sebagainya dimana anda bole mengambil pesanan siap-siap di Malaysia (pre –order) sebelum membuat belian di luar negara. Berbeza dengan Personal Shopper, cara ini anda bole meletakkan harga anda siap-siap (mark up) dan menjualnya dengan harga yang sesuai. 

Contoh: Bag Long Champ berharga RM200 selepas tolak VAT. Anda bole menjualnya dengan harga RM270, dan pastikan ianya di bawah harga pasaran di Malasyia (RM370). Jadi , sekiranya 10 orang yang membeli dari anda, anda akan untung RM700 untuk satu jualan. Menarik kan? Apa boleh dibuat dengan RM700? Tepuk dada tanya selera.

  • Jualan barangan cenderamata dan Makanan:

Anda perlu mengenal pasti barangan cenderamata atau makanan di tempat yang akan anda lawati dengan pasaran di ditempat anda. Contoh: Ikan terubuk masin di Kuching, Ikan bilis di Sandakan, Kek Kartika Sari di Bandung. Ambk pesanan, dan jual. Duit hasil jualan anda bole menabung untuk trip yang akan datang.

b) Manipulasi Kad Keahlian:

  • Makan Percuma di Hard Rock Café:

Setiap transaksi, anda akan mendapat sekeping resit dimana terdapat kod-kod yang diberi bole digunakan untuk membuat kaji selidik diatas talian. Setiap kaji selidik yang disertai, anda akan mendapat ‘appertizer’ secara percuma. Selain itu, anda juga bole mendapat diskaun pembelian dengan menggunakan Kad keahlian Hard Rock (subject to change). Tips: 10 barang dengan 10 transaksi sekiranya negara tersebut tidak boleh membuat tutuntan cukai VAT/GST. Maka anda akan mendapat 10 appetizer! Kelas tak?

Selepas Travel (Post-Travel):

  • Jualan:

Apa-apa sahaja jualan yang anda rasa ada permintaan. Anda bole jual. Sebagai contoh, anda terjuma perfume 50% di lapangan terbang. Namun tak sempat untuk mengambil pesanan? Anda beli dulu menggunakan duit anda, dan jual kemudian. Hasil untung boleh di buat untuk trip minggu hadapan.


Jadi tak susahkan untuk travel pada setiap minggu. Yang penting ada misi dan visi. Pelaburan di peringkat awal tu penting supaya anda bahagia pada peringkat seterusnya.

Kelebihan untuk sesiapa yang mempunyai teman rapat di mana-mana syarikat penerbangan yang mempunyai Families and Friends program atau teman yang sudi menjual tiket consession dengan harga yang rendah.

Sumber: FB Oren Katek

1 comment:

  1. wow, tips ni sangat bagus. like truly. thanks!

    ReplyDelete