5 Tips For Your First Experience Backpacking In Australia

If you’re considering a working holiday in Australia or even an extended backpacking trip, you’re bound to have heaps of things on your mind. Contributing author Lauren Fritsky is based in beautiful Sydney and nails out 15 tips to help make your first experience backpacking in Australia stress-free.

Word: Wreck.

Definition: Me when I landed in Australia on Jan. 25., 2010.

Cathay Pacific Airways deposited me in Kingsford Smith International Airport with no apartment lined up, the bare minimum in savings and two suitcases stuffed with my life. It was hot, I’d lost the address to my hotel and I couldn’t get the SIM card in my prepaid phone to work.
I’m happy to report my state of affairs has improved since then. Still, knowing a few things would’ve helped me acclimate to Aussie life a bit easier.

Here’s how you can basically do a better job than I did traveling, living or backpacking in Australia.

1. Bring extra money

Immigration recommends work and holidaymakers bring AUD$5,000. This isn’t enough. Sydney and Melbourne are some of the most expensive cities in the world. Plus, costs for items like produce have shot up since the floods earlier this year.

2. Sort out your banking

Consider using a fee-free credit card for some purchases. If you can’t be trusted with plastic, transfer as much money as possible to an Australian bank account to avoid fees of $50 or more for each transfer and debit and ATM withdrawal surcharges from both countries.

3. Use hostel memberships

Hostelling International memberships cost $25 a year and shave a few dollars off your hostel stay each night.

4. Wear sunscreen

There’s a reason an Australian wrote the “Everybody’s Free (To Wear Sunscreen)” song in the 90s. I got sunburned so bad when I got here, I had a mark on my thigh for almost a month. Did I mention I’m olive-skinned and usually tan?

5. Visit the GP

The out-of-pocket cost for a GP visit is around $60 in Sydney — about $150 less than going to a specialist first. Check out this post for more on travelers’ health insurance in Australia.

6. Call home on the computer

You can call the States and Canada from Australia for free on Google phone through 2011. FREE!

7. Find cheap Internet

I bought a $99 USB modem only to pay $60-plus a month for spotty Internet. I now pay half that for unlimited wireless at my apartment. If you’re hopping about, skip the hostel Internet and head to libraries or McDonald’s to get it for free.

8. Skip the cabs

You can get one-way bus fare for the starting rate of a cab in Sydney. It’s then $2 per kilometer plus a 20-percent surcharge if traveling after 10 p.m. Save your money.

9. Drive

Or have someone drive for you. You can explore the many dirt paths, colorful landscapes and coastal areas a lot better if you’re in a two-passenger car instead of a 25-person tour bus.

10. Talk to locals

Chat with old folks, the people born and raised in Oz, the immigrants who came there for a better life. Their stories and observations will open your eyes.

12. Rock the suburbs

“Suburb” doesn’t mean the same thing in Australia as it does elsewhere. Many Oz suburbs are diverse and alive with a vibrant arts scene and café culture. In fact, you might prefer staying in a suburb over a CBD — rent is heaps cheaper.

13. Embrace “island time”

Emails go unanswered for weeks, buses rock up 30 minutes late with no explanation and service in restaurants is often non-existent. Just repeat “no worries” to yourself.

14. Know how to change your visa

I thought I could get another year out of my work and holiday visa by picking fruit. It turns out Americans aren’t eligible, though Canadians and many European citizens are. While one immigration lawyer said I couldn’t get on my American partner’s work visa, it turns out I could (and did). Make sure you research and talk to the right people if you want to stay longer.

14. Find the less-hyped spots

Myall Lakes, the Central Coast, Royal National Park and Ku-ring-gai Chase are all beautiful places as worth seeing as Great Ocean Road and the Great Barrier Reef.

15. Say things right

Know to say a “flat white with two sugars” when ordering coffee. Call peppers “capsicum,” cheddar cheese “Tasty” and shrimp “prawns.” It’s the Aussie way.
Have you traveled to Australia? Do any of these tips ring true to you? Add your tips for backpacking in Australia to the comments section below.


source:http://www.backpackingmatt.com/

0 comments:

Pengalaman Menjadi Tahanan Imigresen di Amman, Jordan

Pada bulan Jun 2016 yang selepas bulan Ramadhan, aku naik Royal Jordanian Airlines ke London melalui Amman.

Di sini aku mahu berkongsi ada package untuk transit passanger untuk travel dalam Jordan seperti Laut Mati, Amman City, Petra dan sebagainya jadi perkara ini memang membuatkan aku sangat gembira sebab memang sudah tidak sabar lagi mahu berendam di Laut Mati. Namun aku mengambil mudah dah tidak alert bahawa pakej tersebut mesti kena book 48 jam sebelum travel



Sesampai di Airport Amman, aku terus pergi ke kaunter Royal Jordanian, tapi inilah masalahnya  staff mereka pemahaman product knowledge masih level zero. Mereka tidak faham soalan aku dan marah aku. Apa lagi aku pun naik angin dan marah balik! Suruh dia panggil manager, kemudian pengurusan operasi mereka datang dan menerangkan yang pakej kena book 48H upon arrival. Ok fine. Aku tanya, macamana nak ke Amman City? Dia explain suruh aku naik bas dengan harga 2-3 JOD sahaja dan bas itu warna kuning.

Aku pun sangat yakin turun ke level bawah pergi Imigresen, kemudian staff airport bagitahu untuk transit passanger tidak boleh keluar. Aku tanya, WHY? Dia tidak  memberi jawapan soalan aku dan aku agak geram. Kemudian aku cakap, aku mahu jugak pergi Amman City. Barulah dia bagi aku scan bag and pergi beratur di kaunter imigresen.

Mula-mula pak-pak Arab tu okay, sebut “Malaysia, Malaysia, here”. Sebelum stamp, dia tanya boss dia, bole lepaskan aku tak. Boss dia cakap boleh. Lepaskan (macam tu kot maksudnya).

Selepas stamp, aku keluar. Tak sempat melangkah ke gate, aku kene panggil balik. Aku tanya kenapa, ada masalah ke? Dia cakap nama aku ada buat “chaos” di Jordan. Dia tanya lagi pernah datang ke Jordan ke? Aku cakap, tak pernah. Dia cakap nama “Zaidi Bin Abdullah” pernah buat hal masa di Jordan dan  kena blacklisted. Amboi! Diorang ingat dalam dunia ni seorang je ke nama tu? Aduhaii. Nama tu pulak “Zaidi bin Abdullah bin Abdullah”. Nama aku “Zaidi bin Abdullah bin Awang”. Dia suruh buktikan! Celah mana nak buktikan? Mana bawak surat beranak Arab pergi oiiii!!!

Maka bermulalah episod aku kene tahan di bilik tahanan bersama tahanan-tahanan lain. Aku nak call embassy, dia tak bagi pinjam telefon dengan pelbagai alasan yang diberikan.
 Suasana di bilik tahanan




Begitulah kisah yang ingin aku kogsikan… Tamat…

Tips bila kene tahan:

1) Jangan panik, tenang.
2) Tanya detail kenapa kau kene tahan.
3) Kalo ada nombor Embassy, minta call.
4) Negiotiate dengan officer, sama ada kau kene hantar balik, atau kau kena fly ke negara lain.


sumber: FB Oren Katique

0 comments:

Sahom Farm Retreat Perak

Destinasi pelancongan agro dan eko untuk seisi keluarga beriadah dan bersantai. 


Selari dengan fokus kepada pelancongan agro dan eko, para pengunjung di Sahom Farm Retreat dapat menjalankan aktiviti-aktiviti riadah berikut:- 



- bersantai sambil berehat didalam suasana kehidupan kampung 
- mandi di kolam renang kanak-kanak atau di sungai berhampiran 
- berkaraoke 
- memasak hidangan kegemaran 
- memanggang kambing, rusa, burung unta, ayam dan ikan segar 
- memancing ikan 
- bermain "paintball" 
- berkayak (dalam perancangan) 
- memberi makan haiwan ternakan 
- berbasikal sekitar kampung Sahom dan penempatan orang Asli 
- treking hutan dan bukit 
- "bird's watching" 
- mencuba bakat menyumpit 
- memanah 
- menunggang burung unta (dalam perancangan) 
- menunggang ATV (dalam perancangan) 
- menikmati buah-buahan tempatan segar dari dusun (di musim buah-buahan) 



Antara tempat tumpuan para pelancong yang berdekatan ialah:- 



- air terjun Lata Kincang - 8 km 
- Gua Tempurong - 15 km 
- Muzium Kapal Korek Tanjung Tualang - 18 km 
- Muzium Gopeng - 20 km 
- Padang Golf Clear Water - 25 km 
- Taman Tema Air Tambun Lost World - 25 km 
- pusat peranginan Cameron Highland - 50 km 



Sahom Farm Retreat terletak di sebuah perkampungan yang bernama Kampung Sahom. Terdapat sebuah kawasan seluas 50 ekar di kampong tersebut yang menjalankan aktiviti ternakan dan perladangan. Ladang ini adalah projek usahasama antara Sahom Farm dengan Koperasi Keluarga Rahmah Kampar Berhad. 



Dengan potensi yang ada maka Sahom Farm Retreat diwujudkan bagi menyediakan tempat percutian yang berlatarbelakangkan ladang ternakan dan perladangan. Kemudahan-kemudahan yang tersedia ada membolehkan ia menjadi tempat percutian untuk keluarga, perjumpaan kenalan, berseminar dan kem motivasi murid sekolah. 



Buat masa ini terdapat sebuah villa yang dinamakan Kampung Warisan yang menyediakan kemudahan sebuah bilik tidur keluasan 800 kp, ruang tetamu, ruang rekreasi, dewan serbaguna, bilik persalinan L/P, ruang dapur/makan, kolam renang, pondok rehat, kolam hiasan ikan koi dan dataran riadah. 



Villa ini diberi nama Kampung Warisan kerana kebanyakan hiasan dalamannya adalah daripada barangan antik hasil peninggalan arwah Hjh. Rahmah bt. Abdullah yang dipindahkan dari rumah asalnya di Kampung Bata, Malim Nawar, Perak. Antara barangan antik yg dipamirkan adalah katil besi, almari solek, almari gantung baju, mesin jahit dan sofa rotan. Barangan antik yang diperolehi dari sumber lain juga turut dipamirkan seperti mesin getah, pengisar ais, pump air tanah, lesong beras, penggilik cili, motosikal buatan 1980an dan lain-lain lagi. Dengan adanya barangan antik ini menjadikan Villa Kampong Warisan seperti muzium hidup. Villa ini menempatkan satu katil antik "king sized". Namun, disebabkan villa ini luas, ia mampu menampung lebih 10 orang pengunjung. 



Binaan bangunan adalah diperbuat daripada kayu dan batu sungai yang diperolehi disekitar kawasan berdekatan ladang. Tiang-tiang bangunan menggunakan batang pokok jenis kayu keras manakala dinding bata disalut dengan batu sungai. Rekabentuk bangunan yang berkonsepkan keterbukaan dan bersantai akan memberi keselesaan dan pengalaman yang berlainan kepada pengunjung. 



Di Sahom Farm Retreat para pengunjung boleh bermandi-manda dan berkelah di sungai yang mengalir merentasi ladang ini, memancing di kolam ikan yang disediakan, menjejak hutan Gunung Bujang Melaka bersebelahannya, berbasikal sambil melawat perkampungan orang asli atau hanya bersantai didalam suasana kampong yang tenang dengan kabus pagi yang sejuk, udara yang segar dan nyaman. 



Pengunjung juga boleh berjinak-jinak dengan haiwan ternakan seperti rusa, landak, lembu, kambing, dan burung unta atau melihat sendiri aktiviti kebun kelapa sawit disekitarnya. Terdapat juga haiwan kesayangan seperti kucing, burung merak, itek, arnab dan sebagainya yang pasti menambat hati pengunjung. 



Untuk makluman juga Sahom Farm Retreat sedang melaksanakan projek fasa ke2 iaitu membina sebuah lagi villa yang dinamakan Kampung Tepian Sungai dan tempat perkhemahan yang dinamakan Kampung Kembara. Kedua-dua perkampungan ini dijangka siap pada penghujung tahun ini. 



Kampung Tepian Sungai ini terletak ditebing sungai memudahkan pengunjung bermandi-manda dan berkelah di sungai tersebut. Villa ini akan menyediakan kemudahan lima (5) bilik tidur, bilik persalinan L/P, ruang tetamu, ruang rekreasi, dewan serbaguna, ruang dapur/makan, pondok rehat dan kolam hiasan ikan koi. 



Manakala Kampong Kembara yang juga terletak ditebing sungai dan kolam ikan amat sesuai untuk aktiviti berkumpulan seperti kem motivasi murid sekolah, seminar dan riadah lasak seperti permainan "paint ball", kayak, "white water rafting" dan "mountain biking". Antara kemudahan yang akan disediakan ialah tapak khemah yang boleh memuatkan 100 orang, dewan serbaguna, dewan makan, bilik persalinan L/P dan dataran riadah. 



Pembangunan seterusnya iaitu fasa ke3 adalah untuk membina sebuah restoran terapong beserta dengan kemudahan-kemudahan yang berkaitan di atas sebuah kolam peninggalan lombong bijih timah. Bangunan surau, "outlet" menjual produk ternakan, "proshop" peralatan memancing juga turut dibina disini. Hidangan makanan yang akan disediakan di restoran ini adalah dari hasil ternakan dan tanaman yang diusahakan di ladang ini secara "organic farming". Bagi menarik minat pengunjung makanan exotik turut dihidangkan seperti daging rusa, burung unta, landak dan arnab. Para pengail juga boleh membakar ikan segar yang dipancingnya. 



Apabila siapnya keseluruhan pembangunan yang dirancangkan ini akan menjadiakan Sahom Farm Retreat sebagai satu destinasi pelancongan yang menyediakan pelbagai aktiviti yang berteraskan pelancongan agro dan eko. 



Pengunjung boleh daftar masuk bermula pada jam 12 tengahari dan daftar keluar sebelum 12 tengahari. Pengunjung juga boleh menghubungi pihak kami pada bila-bila masa sahaja termasuk pada jam di luar waktu pejabat. 

Policy: 
1. Pengunjung dilarang untuk membawa pulang buah-buahan tempatan yang boleh didapati di Sahom Farm Retreat. 
2. Khemah tidak disediakan oleh pihak Sahom Farm Retreat. 
3. Pihak Sahom Farm Retreat tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecuaian dan kemalangan yang berlaku semasa penginapan anda di Sahom Farm Retreat.

Kampung Sahom 
Kampar , Perak 
31900 Malaysia

0 comments:

UMRAH BackPacker

Berikut adalah jumlah perbelanjaan yang saya keluarkan untuk perjalanan umrah yang lepas,pada 17hb Januari sehingga 24hb Januari 2017.


1) Tiket Penerbangan

-Tiket penerbangan Kuala Lumpur-Jeddah-Kuala Lumpur mengikuti Malaysia Airlines dibeli pada 23 Ogos 2016; lebih kurang lima bulan sebelum tarikh penerbangan berharga (RM400.90)


2)Visa
-Antara perkara pertama yang terlintas di fikiran kita bila melakukan umrah tanpa pakej adalah visa. Bagaimana mahu melepasi imigresen Arab Saudi sekiranya tidak punya visa. 

Saya ada tanyakan beberapa pakej umrah yang dikendalikan oleh beberapa syarikat di Kota Kinabalu,sekiranya mereka ada membuat perkhidmatan untuk pengurusan visa. Semua jawapan yang saya terima adalah sama. Perlu mengambil pakej umrah mereka untul disertakan sekali dengan pengurusan visa. 

Syukur,saya mendapat maklumat menerusi perkongsian di Facebook bahawa ada perkhidmatan yang boleh mengurus pengurusan visa umrah. Saya buka 'Page Facebook' "Safar Buddies ". Saya berhubung dengan Encik Fakhrul. 

Saya poskan buku passport,dua keping gambar ukuran visa, dan buku suntikan vaksin kepada beliau sebagai dokumen sokongan yang diperlukan.Saya telah mengepos pada 15hb Disember. Menurut Encik Fakhrul,urusan visa mengambil masa 7 hingga 10 hari.
 
Pada 30hb Disember 2016,saya mendapat mesej daripada Encik Fakhrul dengan ayat
"Visa Ready"

Siap beliau gambarkan lagi passport yang sudah terlekat visa padanya. Visa umrah hanya memberi tempoh selama 30 hari di Arab Saudi. Jadi,tarikh perjalanan kita ke Jeddah perlu dimaklumkan terperinci supaya visa adalah sah sepanjang keberadaan di Arab Saudi. 

Ini merupakan perjalanan umrah saya kali pertama. Harga visa yang perlu dibayar adalah (RM350).


3)Vaksin Meningitis
- Ini antara keperluan yang dimestikan untuk ke Arab Saudi. Saya mengambil suntikan di Klinik Medisinar,Sepanggar pada 14hb Disember 2016. Vaksin ini bertahan untuk tempoh 5 tahun. 

Sekiranya selepas ini,saya ingin melakukan umrah dalam tempoh 5 tahun mulai sekarang,saya tidak perlu mengbil lagi vaksin ini. Simpan saja buku rawatab yang diberikan. Harga vaksin adalah (RM160).


4)Gambar Visa
-Saya mengambil gambar ukuran umrah pada 15hb Disember 2016. Pesan pada jurugambar bahawa anda mahukan gambar ukuran umrah. Wajah adalah lebih besar sedikit pada gambar dan berlatar belakangkan warna putih. Mereka tahu ukurannya. Harga untuk empat keping gambar adalah (RM10)


5)Pos Laju
-Selesai sahaja bergambar, saya terus poskan dokumen kepada Encik Fakhrul yang beralamat di Nilai,Negeri Sembilan. Harga pos laju adalah (Rm10.50) dan dokumen saya sampai pada keesokan harinya


6)Tiket Penerbangan
-Disebabkan tiba di Jeddah pada 7.30 malam, kami bertiga sebulat suara untuk mengambil penerbangan dari Jeddah ke Madinah. Kebanyakan pakej umrah mengambil bas untuk ke Madinah. Disebabkan tempoh kami yang singkat di Arab Saudi dan perjalanan pula mengambil masa lebih kurang 6 jam daripada Jeddah,mengambil penerbangan lanjut adalah yang terbaik buat kami. 

Cuma perlu berhati-hati sedikit bila ingin mendarat kerana di Lapangan Terbang King Abdul Aziz mempunyai 3 buah terminal yang berbeza; terminal umrah/haji, komersial, domestik. Agak jauh juga menaiki teksi daripada terminal umrah ke terminal domestik. Juga, perlu 'agresif' sedikit bila berhadapan dengan pemandu teksi/ pemandu persendirian untuk menetapkan harga sebelum menaiki kenderaan mereka. 

Tapi, menaiki kapal terbang adalah pilihan masing-masing. Kalau berempat,boleh sahaja 'charter' teksi atau kenderaan persendirian ke Madinah ,selain daripada menaiki bas. Atau juga,boleh sahaja mengambil penerbangan langsung ke Madinah daripada Kuala Lumpur. 

Tiket pulang-balik kami adalah melalui Jeddah dan situasi kami juga yang mahu menjimatkan masa perjalanan,menyebabkan kami mengambil penerbangan ke Madinah. Tiket penerbangan dibeli pada 23hb Disember 2016 menggunakan Saudi Arabian Airlines dengan harga (RM210)


7)Hotel 
-Hotel ditempah pada 18hb Disember melalui Bookings.com.

Kami memilih untuk berada 3 malam di Madinah dan 4 malam di Mekah. Harga penginapan kami untuk bertiga adalah lebih kurang RM1500. Jadi,kira-kira RM500 untuk setiap orang bagi harga 7 malam.


8)Tiket Penerbangan
-Disebabkan saya seorang sahaja daripada Kota Kinabalu,jadi perbelanjaan saya lebih sedikit berbanding dua orang kawan yang tinggal di Kuala Lumpur.

Tiket penerbangan daripada Kota Kinabalu-Kuala Lumpur-Kota KinabaluKI-melalui Malaysia Airlines dibeli pada 23hb Disember 2016,kurang daripada sebulan sebelum penerbangan ke Jeddah. Tapi,saya sering juga melihat harga penerbangan ini beberapa minggu sebelumnya. Ada tarikh yang mencecah lebih RM500. Bila mendapat harga yang rendah sedikit,terus sahaja saya beli melalui atas talian. Mungkin juga faktor perayaan Tahun Baru Cina yang terkena pada tarikh balik saya daripada Jeddah menjadikannya agak mahal sedikit. 

Harga tiket penerbangan saya adalah (RM472.76),lebih mahal daripada tiket penerbangan pulang balik ke Jeddah.


9)Uber
-Menaiki 'Uber' serasa lebih baik daripada teksi atau kereta persendirian,terutama untuk jarak jauh. Kami menaiki 'Uber' sewaktu ke Jabal Rahmah yang agak jauh sedikit daripada Masjidil Haram. Juga,mengambil 'Uber' sewaktu ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz semasa penerbangan balik. Kalau jarak yang dekat ke sesuatu tempat, boleh sahaja menaiki teksi tapi pastikan dahulu harganya sebelum menaiki kenderaan mereka. 

Sekalipun kalian terlihat ianya adalah teksi bermeter, tiada teksi yang kami naiki menggunakan meter. 'Uber' pula ada beberapa kali yang membatalkan 'request' saya mungkin disebabkan jalanan yang sesak. 

Sekiranya pemandu 'Uber' membatalkan permintaan kita,'Uber' akan menggantikan dengan pemandu yang lain. Kalaulah kita pula yang tidak bersetuju, caj 8Sr dikenakan pada kad bank seperti yang terkena pada saya kerana mengendahkan cadangan 'Uber' sewaktu di Madinah bila serasa lama menunggu. Kalian masih boleh aturkan cara mana yang sesuai. Boleh jadi,tanya dahulu harga ke destinasi anda kepada pemandu teksi ataupun persendirian,kemudian bandingkan dengan harga yang ditawarkan oleh 'Uber'. 

Caj yang dikenakan pada saya adalah RM229.06. Disebabkan kami bertiga, harga ni kami bahagikan untuk mengetahui perbelanjaan setiap seorang. RM229.06÷ 3 = (RM76.3533).


10) Wang Tukaran
-Jumlah wang Ringgit Malaysia yang saya tukarkan ke wang Saudi Riyal(SR) adalah (RM1694)= SR1400. SR400 adalah untuk penginapan hotel bagi setiap seorang. 

SR1000 pula adalah wang perbelanjaan saya sepanjang berada di Arab Saudi. Jumlah wang saku ini tergantung kepada diri masing-masing. 

Bagi saya bayaran untuk makanan seharian, teksi, buah tangan sedikit,ambil peluang bersedekah, cukup. Ada lagi baki SR10 di dalam dompet saya.


11)Jumlah perbelanjaan peribadi:
-Ini keseluruhan perbelanjaan yang di atas. Kain ihram saya pinjam sahaja daripada abang saya yang telah melakukan umrah pada tahun sebelum. Buku panduan umrah pula,ada kawan saya berikan. Terima kasih :) Tapi saya pulangkan juga untuk kegunaan sesiapa lagi selepas ini.


RM400.90 + RM350 + RM160 + RM10 + RM10.50 + RM210 + RM472.76 + RM76.35 + RM1694
= RM3384.51.


Moga perkongsian ini memandu kalian yang berkeinginan melakukan umrah bersendiri. Masing-masing punya kelebihan,samada melakukan melalui pakej ataupun bersendirian. Perjalanan ini juga dibantu oleh kenalan-kenalan yang membuat umrah melalui pakej jika kalian membaca catatan saya sebelum ini. 

Saya ada mengikuti kursus umrah pada 12hb November dengan meminta izin daripada pegawai bertugas dan menerangkan keadaan saya. Mereka membenarkan tanpa sebarang bayaran.

Berdoa juga supaya dipermudahkan segalanya. Saya hanya merancang,saya dan kawan-kawan hanya merancang,tapi Tuhan juga merancang. Dan perancangan Tuhan adalah lebih baik daripada segalanya.

Terima kasih kepada semua yang membantu dan mempermudah perjalanan umrah saya dan rakan-rakan. Terima kasih kepada rakan-rakan seperjalanan saya. Terima kasih kepada manusia-manusia baik yang saya temui. Hanya Allah sebaik-baik yang membalas kebaikan kalian.


Sumber: Fb. Abdul Razzaq

0 comments:

Tadom Hill Resort Banting Selangor

Jika anda mencari destinasi percutian yang unik dan berdekatan dengan Bandar Kuala Lumpur, Tandom Hill Resort adalah pilihan terbaik untuk anda.
Di kelilingi Alam Semulajadi, Tadom Hill Resort ini terletak 12 minit dari Lapangan Terbang KLIA dan 45 minit dari KL, menjadikan ia destinasi percutian yang sesuai kepada sesiapa yang merancang percutian pendek di hujung minggu.
Resort ini dikelilingi 40 ekar bukit batu kapur, tasik dan terselindung dari dunia luar. Resort yang bertema Eco-Pelancongan ini memberi anda pilihan sama ada nak bermalam di chalet yang di perbuat oleh buloh, ataupun didalam kemah.

Jenis Penginapan di Tadom Hill Resort

Bamboo Hut


Tadom Hill Resort 1
Bamboo Hut | Sumber: TadomHillResorts.com

Termasuk:
  • Tilam Single
  • 1 Bantal
  • 1 Selimut
  • Kelambu
  • Loker Untuk Beg
  • Kipas

Hammock Spheres


Tadom Hill Resort 2
Hammock Sphere | Sumber: TadomHillResorts.com

Termasuk:
  • Kelambu
  • Kipas
  • Hammock & Sleeping bag

Lakeside Tent Sites


Tadom Hill Resort 4
Lakeside Tent | Sumber: TadomHillResorts.com

Termasuk:
  • Kemah
  • Sleeping bag
  • Sleeping mat
  • Inflatable camping pillow

Garden Tent Sites


Tadom Hill Resort 3
Garden Tent | Sumber: TadomHillResorts.com

Termasuk:
  • Kemah
  • Sleeping bag
  • Sleeping mat
  • Inflatable camping pillow

Gendui Chalets


Tadom Hill Resort 5
Gendui Chalets | Sumber: TadomHillResorts.com

Termasuk:
  • Katil Grade Hotel
  • 2 Bantal
  • 1 duvet
  • Tuala
  • Tempat Gantung Baju
  • Individual wall power socket
  • Standing mirror

Aktiviti

Tandom Groove


Tadom Hill Resort
Tandom Groove | Sumber: TadomHillResorts.com

Di sini anda boleh beristirehat bersama bersama keluarga atau rakan – rakan. Antara aktiviti yang disediakan di Tandom Groove ini adalah.
  • Venue persembahan secara langsung
  • Pantai buatan manusia
  • tasik biru
  • platform menyelam
  • Tali Tarzan

Tandom Base


Tandum Base
Tandom Base | Sumber: TadomBase.com

Terletak berdekatan dengan resort, Tandom Base sesuai untuk orang yang mencari aktiviti yang lasak. Tadom Base menawarkan aktiviti-aktiviti yang hebat lagi menyeronokkan seperti.
  • Obstacle Course
  • Bola Zorb
  • Rakit Buluh
  • Rock Climbing
  • Belajar Menyumpit
  • Memanah
  • Flying Fox

Informasi

Harga

Tadom Hill Resort - Room Rates 2016
Lokasi: Bukit Tadom, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor, Malaysia.
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (10.00am – 6.45pm)
  • Check-in: 3pm
  • Check-out: 12pm
No Tel: 
  • Reception (9am – 10pm) – 012 522 5908
  • Reservation (9am – 5pm) – 012 522 5728
Email: info@tadomhillresorts.com
Instagram: @TandomHillResort
Laman Web:
Sumber Gambar: tadomhillresorts.com
Sumber: http://www.maisinggah.com/

0 comments: