Trips Murah Ke Iceland


Dari Malaysia tiada penerbangan terus untuk ke Iceland. Anda perlu terbang ke negara-negara di Eropah dan seterusnya mencari penerbangan yang menawarkan laluan ke ☞Keflavik International Airport,Iceland. 

Jika anda membuat carian semakan tiket contohnya melalui Skyscanner untuk Kuala-Lumpur – Keflavik, hasil carian akan menunjukkan harga kos penerbangan ke sana dgn menggunakan KLM ialah sekitar RM 3500 -RM4,500 untuk pergi dan balik. Penerbangan dari Kuala Lumpur dengan mengggunakan KLM akan transit terlebih dahulu di Amsterdam dan seterusnya menggunakan IcelandAir ke Keflavik, Iceland.




Ramai sahabat traveller yang bertanya berapa kos kami untuk ke Iceland dari Malaysia. Adakah kos tiket penerbangan mencecah RM4,000? Saya tak dapat jawab dengan tepat soalan ini sebab soalan spesifik yang ditanyakan ialah kos penerbangan utk ke Iceland sahaja.




Buat pengetahuan, kos tiket penerbangan saya dan kawan-kawan saya jauh lebih murah daripada itu. Tiket kami hanya berjumlah RM 2,962 untuk pergi balik bagi penerbangan dari Malaysia untuk menjejaki 5 negara iaitu Qatar, Switzerland, Iceland, Scotland & The Netherlands.



Kami membeli tiket lebih kurang 9 bulan awal dan hari ini iaitu 10.1.2016 ialah genap 2 tahun tarikh kami membeli tiket ke Eropah untuk trip ini. Mudah untuk saya ingat tarikh ini, sebab kami membeli tiket pada 10.1.2014 dan kami terbang pada 1.10.2014.

Trip ni selama 2 minggu iaitu dari 1.10.2014 -14.10.2014 dan misi utama kami ialah ke Iceland selama 6H5M ialah untuk menjejak cahaya Aurora Borealis. Pada awal tahun banyak promosi dari pelbagai airlines dan kami berjaya mendapatkan tiket Qatar Airlines dari KUL-Geneva-KUL dengan harga RM1,988 sahaja.


Untuk ke Iceland kami terbang melalui Basel, Switzerland ke Keflavik, Iceland dengan menggunakan Easyjet Switzerland dan tempoh penerbangan ialah kira-kira 4 jam. Harga tiket dari Swiss ke Iceland ialah CHF 90.53= RM 347. Bagi penerbangan pulang pula kami memilih laluan Keflavík, Iceland РEdinburgh, Scotland iaitu kira-kira 2 jam penerbangan dengan harga tiket EU 46.72 = RM219 sahaja. Oleh itu jumlah kos tiket penerbangan kami untuk masuk dan keluar dari Iceland ialah RM566 sahaja.



Untuk terbang dengan kos murah saya cadangkan anda menggunakan low cost carrier Easyjet. Saya senaraikan juga antara low cost carrier lain yang turut menyediakan laluan ke Iceland untuk rujukan kawan-kawan traveller.

ūüĒł  Berapa jumlah perbelanjaan Ground Cost

Ini lagi satu soalan favourite yang sering ditanyakan. Saya telah sediakan list yang terperinci kos kami disana. Ini ialah actual cost berdasarkan statement credit card. Kos makan takde sangat, kami beli salmon dan sayur dan memasak sendiri disana.

Jumlah kasar yang kami belanjakan bagi trip Iceland 6D5N ialah RM 1,739 seorang yang meliputi kos penginapan, kos sewa kereta Toyota Landcruiser Prado selama 5 hari, minyak dan Private Tour Superjeep Aurora. Kami tidak menggunakan perkhimatan travel tour disana selain untuk menjejak aurora pada malam terakhir. Tempat yang kami jejaki ialah Golden Circle -Phingvelir National Park, Geysir , Gulfoss, Kerio, Seljalandfoss, Jokulsarlon Iceberg Lagoon dan Skogafoss.

Kos ini boleh dijimatkan lagi, terpulang dengan bagaimana cara anda travel. Contohnya untuk menjejak aurora ada pilihan yang lebih murah iaitu dengan menggunakan bus tour.Kami memilih untuk menggunakan Private Tour menggunakan Super Jeep dimana kami dibawa naik ke banjaran gunung untuk menunggu aurora dan pada masa yang sama menikmati pemandangan bandar Reykjavik dari atas. Untuk lebih jimat anda boleh cari sendiri cahaya aurora dengan kereta sewa anda. Terdapat pro dan kontra bergantung kepada pilihan masing-masing.

Selain itu pemilihan kereta sewa, menggunakan kereta sedan atau kompak adalah lebih murah dan juga tidak menjadi masalah jika anda bukan pergi ketika peak winter. Kos minyak di Iceland berubah-berubah bagi setiap tempat. Untuk travel di Iceland SANGAT DISARANKAN UNTUK MEMANDU SENDIRI buat road trip. Terpaksa guna huruf besar, nak bagitau betapa seronoknya menjelajah bumi Iceland tanpa terikat dengan mana-mana tour. Lesen memandu Malaysia boleh digunakan di sana, dan pemanduan ialah disebelah kiri. Kami tidak menjejalah satu pulau Iceland,kami hanya menjelajah dari Reykjavik hingga ke South Iceland sahaja. Bagi peminat Dilwale, pembikinan klip Gerua adalah di South Iceland.



Sumber : Massz Nur

0 comments: