Tips Murah Ke Turki

Alhamdulillah, selesai musafir di Turki & Greece. Mohon maaf sekiranya itinerary ini kurang lengkap kerana cuti agak panjang sedikit & payah nak tulis details untuk percutian 11 hari. Jetlag lagi ni

Tapi sebarang pertanyaan lanjut dekat inbox InshaAllah saya akan jawab. Kami berpeluang menghabiskan masa selama 11 hari tanpa guide atau sebarang agen pelancongan. Semua dirancang sendiri termasuk penginapan, pengangkutan & aktiviti yang dilakukan sepanjang berada di sini. Dan dekat sini ada itinerary ringkas serta beberapa perkongsian info dan travel tips yg saya nak share dengan semua. 

Semoga dapat membantu 

TROUVAILLE TURKIYE & GRECIA

08-18 Sept 2016 (11D10N)
By: Lala Velouette (FB) / lalavelouette (Instagram)
As Ahmad (FB) / assitusanasini (Instagram)

Day 1 - Cappadocia

• 1220PM Arrive at Istanbul Ataturk Airport
• 2PM Havabus to Taksim = TL12, 40mins
• 0245PM Bus from Taksim to Sabiha Gocken = TL15, 1hour 30mins
• Mineral Water = TL3
• 0635PM Flight from Sabiha Gocken (Ist) to Kayseri
• 10PM Helios Transfer (Kayseri - Sakli Konak) = TL25
• Check In at Sakli Konak Cappadocia



*Info & Tips: 
-  Bawak stock makanan bebanyak dari Malaysia.

- Kalau ada connecting flight (cth: Cappadocia), ambil gap jauh sikit sebab procedure dekat imigresen dan perjalanan dari Ataturk Airport ke Sabiha Gocken Airport agak mengambil masa sedikit. Carilah sekurang²nya 4 jam bagi mengelakkan missed flight.

- Untuk jimatkan masa, boleh usha Pegasus Airline jika ingin ke Cappadocia. Nak naik long distance bus pun boleh, perjalanan mengambil masa 14 jam utk sampai ke Cappadocia. Nak jimat masa jugak, carilah overnight bus. Selain murah dari harga flight, boleh jimatkan sekali kos hotel sebab malam tu cuma tidur dalam bas jer. 

- Kalau sampai tengah malam, bolehlah email memana airport transfer utk hantar terus ke hotel.


Day 2 - Cappadocia

• 5AM Uchisar Castle: Watch Sunrise & Hot Air Balloon 
• 7AM Explore Uchisar
• 8AM Pigeon Valley 
• 9AM Bus from Uchisar to Goreme (Dolmus) TL2
• Check In at The Dorm Cave by Travellers
• Air Redbull & Mango = TL8
• 11AM Open Air Museum = TL30
• 1PM Red & Roses Valley = FREE
• 4PM Horseback Riding = FREE
• 0530PM Sunset Point Goreme = FREE
• Dinner (BBQ at the garden) = TL24.50
• Back to Dorm Cave



*Info & Tips:
- Jika ada kelapangan ke Cappadocia, jangan lepaskan peluang untuk tidur dalam hotel gua. Saya sarankan untuk ambil hotel yang berdekatan dengan view point jika anda seorang yang gemarkan panorama.
- Uchisar adalah kawasan tertinggi di Cappadocia & merupakan view point terbaik untuk tengok sunrise & hot air balloon. 
- Kalau sukakan tempat yang agak tenang dan sunyi, bolehlah cari hotel di sekitar Uchisar.

- Kami stay dekat Sakli Konak Cappadocia. Book dari AirAsiaGo. Harga lebih murah berbanding booking.com dan agoda.

- Dekat Uchisar banyak panoramic view, so boleh jalan kaki utk pergi memana view point. 

- Alkisah horseback riding free; sila baca caption gambar 


Day 3 - Cappadocia
• 4AM VIP Hot Air Balloon (Universal) = €75
• 0930AM Green Tour (Goreme Panorama, Derinkuyu Underground City, Ihlara Valley, Selime Monestary Valley, Pigeon Valley) includes transportation, tour guide, lunch & entry fees = TL100

• Mineral = TL1
• 5PM Fridge Magnet Kapadokya = TL2/each
• 6PM Shuttle bus to Kayseri Airport = TL25
• Mineral Water = TL1.50
• 0815PM Flight to Istanbul 
• Overnight at Sabiha Gocken Airport


*Info & Tips:
- Seperti sedia maklum, harga utk naik Hot Air Balloon agak mahal sekali. Harga biasa bermula dari RM600++ dan untuk VIP pula harganya boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Cemana kami boleh dpt VIP harga murah? Nak tips? Sila baca caption gambar 


😝
- Kami pilih green tour sebab kebanyakan tempat adalah di luar Goreme & sangat mahal jika ingin pergi sendiri. Red tour pula kebanyakannya dalam bandar Goreme sendiri, even open museum pun kita boleh jalan kaki ke sana. So, kami decide utk amik green tour yg bermula dari pukul 9.30AM - 4PM.

- Tour package boleh runding & minta suggestion dekat hotel. Memana hotel pun akan sediakan tour package. Pepandai la bargain harga pakej k.



Day 4 - Istanbul / Santorini
• 0730AM Havabus from Sabiha Gocken to Taksim TL15
• Apple Tea (cay) = TL2
• 1030AM Havabus from Taksim to Ataturk Airport = TL12
• Ice latte = TL6.25
• 0420PM Flight to Santorini (Transit at Athens)
• 8PM Local Bus from Santorini Airport to Fira = €1.80
• 9PM Check in at Villa Ilios = €67.5/pax for 3 nights


*Info & Tips:
- Kami naik Aegean Airlines dari Istanbul ke Santorini. Check in baggage cuma 8kg sahaja. Kalau xnak bawak berat², boleh drop baggage dekat Ataturk Airport dan bawak yg perlu sahaja. Harga utk baggage drop adalah TL20 utk 24jam. 

- Cari hotel di area Fira utk memudahkan akses perjalanan. Dekat dgn bus stop & town. Boleh naik local bus utk pergi ke semua tourist attractions.
- Dekat sini susah nak cari halal. Sebab tu saya suru bawak stok makanan bebanyak dari Malaysia 😝 Adapun cuma vegetarian foods sahaja.


Day 5 - Santorini
• 6AM Breakfast
• Mineral Water = 50cents
• 10AM Rent ATV = €25 (170cc) / 2pax = €12.50
• Fuel = €10 (full)
• 1130AM Oia, 25mins by ATV
• Bun & Mineral = €2
• 3PM Kamari Beach
• 4PM Perissa Beach
• Sandwich Pita = €4
• Back to Villa Ilios



*Info & Tips: 
- Dekat Santorini, kami sewa ATV. Sebab senang nak stop memana kalau nampak view cantik. Kami sewa €25 utk 170cc. Yg ni harga utk mid season. Kalau peak season harga dalam €30 per day.
- Jalan dekat Santorini agak mudah dan senang. so xyah risau kalau xda gps. Hanya berpandukan map & signboard pun dah boleh sampai.
- Santorini lebih kurang macam Krabi ja, so ATV boleh parking kat memana dan singgahlah untuk ambil gambar ☺️



Day 6 - Santorini
• 6AM Breakfast
• Bun = €2 
• Mineral Water = €1.5 
• 0630AM Oia, Santorini (25mins by ATV)
• Fridge Magnet Santorini = €3 
• 10AM Old Port Santorini
• 11AM Volcano & Hot Springs Package (Including transportation & tour guide) = €20
• Volcano Entrance Fee = €2.50
• 3PM Cable Car from Terminal to Old Port = €5 (One Way)
• 4PM Red Beach: Bus No 22 to Acrotiri = €2
• 6PM Bus Acrotiri to Fira = €2 
• ATV broken charge = €50/2pax = €25


*Info & Tips:
- Memandangkan Oia agak sesak dengan tourist, kami pergi sekali lagi pada hari kedua. Tipsnya, sila pergi pada waktu pagi sebab kurang orang dan boleh ambil gambar dekat every corner tanpa sebarang gangguan.

- Pakai kasut yang sesuai. Nak turun Old Port Fira ada 3 options, jalan kaki, naik donkey (€5) atau naik cable car. Kitorang pilih utk turun jalan kaki (kena turun 588 anak tangga) dan balik guna cable car. Sila berhati² sebab ramai tourist naik donkey dari arah bawah. So laluan turun tangga agak kurang selesa dan sesak dengan donkey & orang ramai.

- Sila bawa air minum yang secukupnya, snacks/jajan, sun hat & sunglass. Dekat volcano, cuaca agak panas dan tiada lunch disediakan. Jalan agak berbatu dan pakailah kasut yang selesa. Nak hiking sampai top of Volcano tu ambil masa jugak dalam sejam lebih. Tapi bila dah sampai MashaAllah view dia memang awesome!

- Kalau nak ke Red Sand Beach, boleh ambil local bus No 22 dari Fira ke Acrotiri. Bila sampai Acrotiri, jalan kaki sikit dalam 200m pastu akan nampak Red Sand Beach & White Beach.

- Sila bawa baju extra jika nak mandi dekat Red Sand Beach.


Day 7 - Santorini / Istanbul
• 5AM Wake Up & Get Ready!
• 6AM Shuttle Bus to Santorini Airport = €10
• Arrive at Istanbul Ataturk Airport
• 3PM Istanbulkart TL10/2pax = TL5
• Mineral = TL1
• 7PM Bus from Otogar to Denizli Pamukkale (Anadolu) = TL90, 11hours
• Simit = TL1.50
• Toilet = TL1
• Overnight at the bus

*Info & Tips:
- Ada banyak long distance bus dekat Otogar. Jika ingin ke destinasi lain seperti Cappadocia (14jam), Izmir (7jam) dan Pamukkale (11jam) atau destinasi lain di sekitar Turki, bolehlah naik bas. Jimat sikit. Long distance bus juga agak selesa. Lengkap dengan pramugara, snacks, plug, usb & wifi pun turut disediakan.

- Jika ingin ke Pamukkale, saya sarankan naik bas KamilKoc / Pamukkale. Orang cakap makanan sedap 

Kitorang naik bas Pamukkale sbb bas lain semua dah penuh
- Beli tiket awal, bas cepat penuh. Nak jimat masa, ambil overnight bus. Boleh jimat sekali kos hotel.

- Pakai socks & sweatshirt. Dalam bas sejuk sikit, nanti masuk angin.


Day 8 - Pamukkale
• 5AM Arrive at Denizli Otogar
• Toilet = TL1
• 0530AM Shuttle to Pamukkale = TL5
• Drop bag at Koray Hotel Lobby
• 9AM Day Trip at Pamukkale
• 0920AM Shuttle bus to North Gate = TL2
• 0930AM Shuttle bus to Antique Pool = TL2
• Ice cream = TL5
• Lunch = TL19
• Mineral Water = TL2
• Fridge Magnet Pamukkale = TL5
• 7PM Shuttle to Denizli = TL5
• Toilet = TL1
• Choc Simit = TL4
• 11PM Metro Tourism Bus to Istanbul = TL100, 11hours
• Overnight at the Bus


*Info & Tips: 
- Agak mudah untuk akses ke Pamukkale. Tak perlu gunakan tour dengan bayaran TL80 (~RM120) utk explore Pamukkale. Entrance ke Pamukkale dah boleh nampak dari kampung berdekatan. Tetapi itu adalah South Gate yg mana agak jauh, ramai orang beratur dan kena hiking utk ke Traventines (teres air terjun beku) & Hierapolis. Tipsnya, sila masuk dari arah bertentangan iaitu, North Gate bagi memudahkan anda explore Pamukkale dari atas ke bawah. 

- Boleh ambil shuttle bus ke North Gate, bayaran cuma TL2 sahaja. Bayar entrance ke Pamukkale tanpa perlu beratur panjang sbb dekat North Gate kurang orang & ambil shuttle sekali lagi ke Antique Pool dgn bayaran TL2. Kemudian anda boleh explore Pamukkale dari sini tanpa hiking & kepenatan yg melampau dengan total cost TL39 (RM58). Lebih jimat dari harga tour



Day 9 - Istanbul
• 11AM Arrive at Otogar
• 1120AM Metro Shuttle from Otogar to Aksaray = Free
• 12PM Tram Token to Beyazit = TL4
• Istanbulkart = TL20/2pax, TL10 each
• Metin Han Hotel = TL60/2pax, TL30 each
• Istanbulkart Reload = TL20
• 0230PM Bosphorus Short Cruise = TL15
• Balik Ekmek (Fish Bread) = TL8
• 5PM Tram to Taksim Square (Istanbulkart)
• Taksim Square
• Jagung Bakar = TL2.50
• 0730PM Tram to Sultanahmet (Istanbul)
• Blue Mosque
• Tram to Grand Bazaar (Istanbulkart)
• 9PM Back to Metin Han Hotel Beyazit


*Info & Tips:
- Istanbul banyak scam. Sila berhati-hati. Jangan mudah percaya jika ada lokal dengan baiknya offer nak tolong atau hantar ke sana sini. Ada yang memang bebetul ikhlas nak tolong, ada yang main tipu tipu dan banyak lagi. Yg ni xmau cerita panjang

- Bosphorus Short Cruise cuma ada satu sahaja setiap hari iaitu pada jam 2.30 petang. Sila atur jadual anda sebaiknya jika ingin mencuba Bosphorus Cruise. Kalau nak Full Bhosphorus Cruise pun ada jugak. Tiket Cruise boleh beli dekat Terminal Eminonu.

- Mesti cuba makan Balik Ekmek (Burger Ikan) di Eminonu. Banyak dijual di kedai-kedai sekitar Eminonu Terminal atau restoran yang terdapat di bawah jambatan Selat Bosphorus. 
- Sila bawa sos cili sendiri dari Malaysia 



Day 10 - Istanbul
• Check out Metin Han Hotel
• Tram to Sultanahmet (Istanbulkart)
• Check in Nobel Hostel, Sultanahmet 
• Nutella Simit = TL2
• Hagia Sophia Museum = TL40
• Blue Mosque = No entrance fee
• Topkapi Palace = TL40
• Tram to Grand Bazaar (Istanbulkart)
• Lunch at Grand Bazaar = TL17
• Shopping & Souvenirs at Grand Bazaar $$$
• Back to Nobel Hostel


*Info & Tips: 
- Cari hotel di sekitar Sultanahmet. Kami stay dekat Nobel Hostel. Dekat dengan tram station, tourist attractions & souvenirs shop. Jimat! Hanya berjalan kaki sahaja ke Blue Mosque, Hagia Sophia, Topkapi Palace, dan banyak lagi. Kalau gigih, boleh jalan kaki ke Grand Bazaar sekali. Dekat situ dah boleh jimat kos transport. Tapi kalau dah memang kaki shopping, carilah hotel di sekitar Grand Bazaar.

- Shopping adalah risiko sendiri. Sila prepare bajet lebih kalau nak shopping byk

- Nak beli fridge magnet murah, boleh beli dekat Grand Bazaar. Ada 1 kedai kecil dekat tram station, boleh beli dekat situ.


Day 11 - Istanbul
• Check out Nobel Hostel
• Walking around Sultanahmet
• Flight to Doha & Kuala Lumpur

**Extra Info & Tips:
1. Turki negara yg terletak antara Eropah dan Asia. Di istanbul, bole lihat dua budaya yg berbeza temasuklah dari segi cara hidup dan berpakaian walaupun cuma terpisah dgn sebuah jambatan.

2. Turkish sgt berbangga dgn negaranya. Di mana-mana bole lihat bendera berkibar termasuklah dalam bas, stesen bas, feri, bangunan mahupun depan hotel.

3. Driver bas dan conductor berpakaian formal semasa bertugas. Ada uniform yg seperti pilot, conductor siap berkemeja dgn neck tie & name tag. Layanan dalam bas sama seperti kapal terbang. Bezanya ini di daratan.

4. Makanan orang turki sihat-sihat. Kebanyakannya dibakar dan kurang menggunakan rempah. Banyak serat, sayur-sayuran dan buah.

5. Pastikan datang ke sini dengan bekalan sos cili. Turkish tak suka makan pedas. Banyak guna tomato sahaja dalam masakan. Burger, sandwich or pizza pun tak ada sos. Kalau tekak melayu takut tak mampu tahan

6. Semua tandas di Turki berbayar. 1 Turkish lira sekali masuk (rm1.5) kecuali tandas hotel, pam minyak & restoran.

7. Turkish suka dengan Malaysian. Bila tau kita dari Malaysia, depa tepuk-tepuk bahu dan kata 'MasyaAllah'. Personally, aku suka local people di Cappadocia & pamukkale. Mesra & ramah. Berkesempatan kenal seorang local bernama Hassan yg layan kami seperti keluarga.

8. Istanbul banyak scam.

9. Turki negara 4 musim. Musim yang popular adalah autumn & spring. Kalau datang waktu spring iaitu April bole tgk tulip dgn percuma di taman topkapi palace. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa bunga tulip sebenarnya berasal dari Turki. 

10. Di Istanbul terdapat 2 International Airport. Atarturk terletak sebelah Eropah manakala Sabiha Gokcen sebelah Asia. Untuk ke bandar Istanbul, jarak dari Atarturk lagi dekat tetapi untuk harga tiket yg lagi murah dari Kuala Lumpur boleh la turun di Sabiha Gokcen.

11. Turki negara yang tidak mesra wifi. Kedua-dua airport di Istanbul mahupun di region lainnya tiada wifi percuma. Simkadnya juga agak mahal. Cara untuk dapatkan wifi, bole lah guna khidmat wifi berpassword di restoran. Order je air yg paling murah

12. Agak sukar untuk berkomunikasi di Cappadocia, Pamukkale dan sesetengah kawasan di Istanbul kerana very seldom utk jumpa org yg bole berbahasa Inggeris. Kami hanya guna bahasa isyarat dan tulis keyword di kertas masa beli tiket bas ke Pamukkale. Jangan risau kalau English anda cukup makan. Janji maksudnya sampai 

13. Sepadat mana pun jadual Turki anda, jangan sesekali tinggalkan Cappadocia/Kapadokya. Carilah masa sekurang-kurangnya dua 2 hari untuk ke sana kerana Cappadocia sgt lah istimewa. Bila sudah sampai tu jangan lepaskan peluang untuk merasa tidur di dalam hotel gua.

14. Tidak ada deposit kunci untuk hotel/hostel di Turki. Kami tiba di Cappadocia dalam pukul 10 malam. Staff hotel terus hantar luggage ke bilik dan suruh tidur
Semua hanya perlu settle keesokkan paginya.

15. Orang Turki sangat gemar minum teh atau çay dalam sebutan local. Malah teh sudah jadi seperti minuman kebangsaan. Tidak lengkap hidup mereka tanpa hidangan teh di waktu rutin iaitu pagi, petang dan malam. Sepanjang berjalan di Istanbul ada saja yg pelawa utk singgah minum teh percuma di kedai mereka.

16. Jika ke Istanbul, mesti cuba makan balik ekmek/burger ikan di Eminonu. Banyak di jual di kedai-kedai sekitar Eminonu terminal atau restoran yg terdapat di bwh jambatan selat Bosphorus. Boleh la makan dengan bekalan sos cili yg dibawa dari Malaysia 

17. Seperti juga Cappadocia, jangan skip Pamukkale jika ke Turki. Di sini terdapat kolam teres putih yg dikenali sbgi cotton castle kerana kawasannya putih seperti kapas. Ramai yg bertanya 'boleh mandi ke kat kolam pamukkale?'. Jawapannya ya. Ramai yg mandi tapi airnya cetek saja. Dan untuk memeliharanya, hanya sebilangan kecil kawasan sahaja dibuka untuk orang awam.


TOTAL GROUND COST
TL707.50, €240 / ~MYR2096.77
EXCLUDE FLIGHTS & HOTELS
(Exchange Rate: TL1 = MYR1.41 & €1 = MYR4.58)
Bajet ada banyak lebih lagi

*Seperti sedia maklum dalam posting sebelumnya, semua itinerary yang saya share tidak termasuk harga tiket flight dan hotel, kerana bagi saya harga tiket flight akan sentiasa berubah mengikut musim, keadaan dan waktu semasa. Kos percutian akan tetap berubah setiap masa bergantung dengan harga tiket flight ke suatu tempat. Setiap orang mempunyai cara travel yang tersendiri & saya tidak mahu limitkan percutian anda dengan bajet yang sedemikian. Sekurang² saya dah kongsikan serba sedikit jumlah perbelanjaan dan berapa duit poket yang kena standby

2 comments: