Rumah Inap (Homestay) Di Melbourne, Australia

Bagi yang ingin bercuti di Melbourne, bermalam di rumah inap (homestay) merupakan satu pilihan yang popular lebih-lebih lagi bagi keluarga besar.

Terdapat dua buah rumah inap yang pernah saya sewa dan kedua-duanya diuruskan oleh orang Malaysia. Kedua-duanya memiliki keistimewaannya sendiri.





1. An Naim Homestay, Springvale

  • Rumah 3 bilik yang simple tetapi lengkap.
  • Terletak kira2 35 minit perjalanan dari pusat bandar Melbourne.
  • Lebih sesuai jika anda menyewa kenderaan dan tidak bergantung kepada kenderaan awam.
  • Family friendly dan turut menyediakan permainan untuk anak2.
  • Laman web: http://annaimmelb.wix.com/
  • Alamat e-mel: annaimmelb@gmail.com


2. Teratak Tanamekar, Coburg

  • Terletak tidak jauh dari pusat bandar Melbourne.
  • Kemudahan tram berdekatan dengan rumah.- Hanya perlu berjalan kaki untuk ke pasar raya dan kedai daging halal yang berdekatan.- Terdapat banyak kedai makanan halal dengan jarak berjalan kaki dari rumah.
  • Laman web: http://terataktanamekar.com/
  • Alamat e-mel: tanamekartravel@gmail.com



Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kedua2 rumah inap, sila layari laman web rumah inap untuk mendapatkan alamat emel untuk dihubungi.

Tempahan boleh dibuat melalui emel dan akan dibalas segera oleh tuan rumah.
Learn more »

RAHSIA NAK POTONG QUE PERGI HAJI YANG JARANG ORANG KONGSI!



Untuk tunai Haji tahun ni tak dapatlah. InsyaAllah kita cuba tahun depan pula. Ada tips yang boleh dicuba untuk dapatkan turn pergi Haji.


Hah! Tahun 2081 baru dapat pergi haji? Umur saya sekarang (tahun 2016) sudah 30 tahun. Maksudnya saya dapat pergi haji ketika berumur 95 tahun?
Nampak gaya macam peluang tipis nak pergi haji kalau tunggu giliran. Persoalannya, benarkah mustahil untuk kita pergi haji sebelum giliran yang diberikan?
TIPS PERGI HAJI DI USIA MUDA.
Tahukah anda? Kalau anda baru mendaftar haji dalam masa terdekat ini, giliran anda menunaikan Haji adalah pada tahun 2100 ke atas? (Diberitahu dalam kursus Haji Perdana baru-baru ini.) Sanggup anda menunggu sepanjang tempoh itu?
Jangan risau. Itu cuma anggaran tahun. Tak mustahil boleh dipercepatkan lagi dengan izin Allah. Di sini saya nak kongsikan beberapa langkah yang boleh kita usaha demi mendapatkan giliran haji ketika usia muda atau sekurang-kurangnya untuk “lajukan” giliran kita. Cara-cara ni semuanya inshaAllah boleh dilakukan oleh anda semua. Saya tulis ringkas dalam bentuk point sahaja ya, supaya lebih jelas dan mudah difahamkan. Ada 4 langkah semuanya;
1) Buka akaun Tabung Haji.
2) Daftar Haji. Untuk mendaftar, anda perlu ada sekurang-kurangnya RM1300 di dalam akaun Tabung Haji. Kemudian anda akan diberi jangkaan tahun berapa anda bakal menunaikan haji. Lokasi untuk mendaftar: Di mana-mana cawangan TH, laman web TH, Cawangan Uniteller Bank Islam dan Bank Rakyat, ATM / CDM Maybank, atau ATM BIMB
3) Kumpulkan duit sekurang-kurangnya RM10k. Mungkin part ni kita akan rasa susah sedikit. Tapi kalau kita memang betul-betul bersungguh nak capai RM10k tu, inshaAllah tempoh menunggu tu tidak lama jika kita konsisten menabung. (Contoh cara menabung akan diberitahu di akhir artikel).
4) 
a)Bila duit dalam akaun anda dah cukup RM10k, anda dah boleh mula buat rayuan. Kalau tak cukup RM10k pun sebenarnya boleh merayu, tapi kebiasaannya pihak Tabung Haji akan melihat adakah wang kita sudah mencukupi untuk membayar pembiayaan haji. Dikhuatiri jika rayuan diluluskan, tiba-tiba duit belum cukup, jadi tawaran perlu ditolak dan perlu diganti dengan orang baru. Jadi sebaiknya anda cukupkan dahulu RM10k tersebut di dalam akaun anda.

b) Setiap tahun, Tabung Haji akan membuka kaunter rayuan Haji. Anda perlu alert bilakah tarikh kaunter ini dibuka. Ia tidak dibuka sepanjang tahun. Ketika inilah ramai orang akan mula menulis surat rayuan dan menyatakan sebab-sebab kukuh mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan mereka. (untuk surat rayuan ini, cubalah beri alasan dan sebab yang kuat mengapa pihak Tabung Haji perlu meluluskan rayuan anda).
c) Kalau anda nak tahu, untuk Haji tahun ini tahun 2016, ada sekitar 2500 orang sekitar Lembah Klang yang dijadualkan akan menunaikan haji, namun selepas ujian pemeriksaan kesihatan, 60% tidak lulus (atas faktor kesihatan) dan tidak dapat meneruskan proses seterusnya untuk menunaikan haji. Bermakna, ada banyak kuota baru yang kini kosong! Itu baru cerita di Lembah Klang, pastinya setiap negeri setiap daerah akan ada kuota kosong yang perlu diganti dengan orang lain. Mungkinkah anda orangnya? Tak mustahil.
d) Ada lagi kuota kosong pada setiap tahun akibat kematian. Iaitu apabila calon haji itu meninggal sebelum sempat menunaikan haji pada tahun tersebut. Jika yang meninggal itu lelaki, dan dia pada asalnya mahu menunaikan haji dengan isterinya, bermakna kuota isterinya juga perlu diganti dengan orang lain. Kerana wanita yang kematian suami, di dalam tempoh iddah, tidak boleh menunaikan ibadah haji.
e) Nak lagi kuota kosong? Yang ini mungkin tidak terlalu banyak, tetapi biasanya tetap ada, iaitu wanita yang hamil sebelum berangkat menunaikan haji. Jika dia sepatutnya menunaikan haji pada tahun sekian-sekian, tetapi ditakdirkan dia hamil sebelum berangkat, maka pihak Tabung Haji tidak akan membenarkannya menunaikan haji. Jadi akan ada lagi kuota kosong untuk anda.
Jadi jelaslah di sini bahawa sebenarnya ada sangat banyak peluang untuk anda mendapatkan kuota haji dan tidak perlu menunggu giliran tahun yang asalnya ditetapkan oleh pihak Tabung Haji untuk anda. Boleh jadi giliran anda pada asalnya ialah tahun 2048, tapi pada tahun 2018 anda sudah berjaya mendapatkan giliran setelah membuat rayuan. Tidak mustahil, dengan izin Allah.

Tentang bilakah tahun yang anda akan dapat tu, ia bergantung kepada Allah, Allah melihat usaha kita, dan percayalah, Allah tidak akan mensia-siakan setiap usaha hambaNya. Namun jika giliran itu tetap juga tidak datang seawal yang anda harapkan, usahlah kecewa, teruskan berusaha, teruskan membuat rayuan SETIAP TAHUN dan yang pasti, berdoalah di sepertiga malam tentang hasrat anda untuk mengunjungi rumahNya, buktikan anda betul-betul mahu ke sana.
Ibadah haji bukan milik orang kaya. Ia milik semua. Ada orang kaya yang tidak dapat pergi kerana masalah kesihatan, ada orang yang kurang kaya tapi dapat juga akhirnya menunaikan haji kerana gigih menabung serta tidak henti berdoa. Allah yang berhak pilih siapakah tetamuNya, maka buktikanlah kepada Dia bahawa anda sungguh-sungguh mahu ke sana dengan segera, ketika umur masih muda dan jasad masih kuat.
Nota cara menabung secara ringkas:
1) Untuk menabung dalam tempoh 8 tahun: RM25 seminggu atau sehari RM3.60 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM25 x 52 minggu = RM1300. RM1300 x 8 tahun = RM10400). Atau, nak lagi cepat?
2) Untuk menabung dalam tempoh 4 tahun: RM50 seminggu atau sehari RM7.14 sahaja. (Setahun ada lebih kurang 52 minggu. Setahun= RM50 x 52 minggu = RM2600. RM2600 x 4 tahun = RM10400).
Kesimpulannya kalau sekarang umur anda masih di awal 20-an, tak mustahil sebelum umur 30 anda sudah boleh menunaikan haji, atau selewat-lewatnya sebelum anda mencecah 40 tahun, inshaAllah fizikal masih sihat ketika itu.
P/s: Atau nak cara lebih cepat untuk dapat kuota haji, kahwinlah dengan orang yang giliran hajinya tidak lama lagi. Jika suami sahaja yang mendapat tawaran, isteri boleh buat rayuan dan kebiasaannya pihak Tabung Haji akan luluskan permohonan tersebut tapi pastikan RM10k tersedia di dalam akaun Tabung Haji. Dan untuk kes isteri (yang berumur 44 tahun ke bawah) yang mendapat tawaran haji, suami tak perlu risau kerana secara automatik suami akan dapat pergi bersama isteri kerana si isteri wajib ada mahram.
Silakan share untuk manfaat bersama atau sebagai rujukan anda pada masa hadapan.
[Edited: Tambahan tips dari saudara Syafiq Kamil. –> Saya berminat untuk tambah info sikit. Bagi yang nak daftar haji, tapi belum cukup wang permulaan sebanyak RM1300, anda hanya perlu print penyata KWSP anda yang terkini dan bawa bersama ketika mendaftar di kaunter TH. Buka akaun TH cuma bayar RM10, manakala daftar haji pula PERCUMA (asalkan ada penyata KWSP). Yang penting daftar siap2, insyaAllah rezeki akan datang kemudian. Dah cuba, memang senang. Pihak TH juga minta war-warkan perkara ini. Terima kasih.
BAGAIMANA MAHU BUAT RAYUAN PERGI HAJI?
Untuk permohonan rayuan haji, sila kemukakan surat rayuan dalam format surat rasmi yang lengkap bertandatangan kepada:
Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.
Isi kandungan surat rayuan:
Nama penuh
Nombor akaun TH
iii. Nombor MyKad

Tujuan rayuan
Tandatangan


Bakal Haji juga boleh melampirkan dokumen berkaitan sebagai sokongan kepada rayuan tersebut.

Contoh Surat Rasmi Rayuan Haji 1437H.
Rogayah binti Mokhtar
Lot 1234, Jalan Sinar
Kampung Harapan
84000 Muar
Johor
18 Disember 2015
Kepada,
Bahagian Operasi Domestik,
Lembaga Tabung Haji,
Lantai 30,
Bangunan Ibu Pejabat TH,
201 Jalan Tun Razak,
50732 Kuala Lumpur.
Tuan/Puan,
RAYUAN UNTUK MENDAPAT TEMPAT MENUNAIKAN HAJI PADA MUSIM 1437H/2016M
NAMA PENUH: ROGAYAH BINTI MOKHTAR
KAD PENGENALAN: 450101-01-0400
No AKAUN TH: 12345678

_____________________________________________________________________________
Perkara di atas adalah dirujuk.
Saya memohon jasa baik dan budi bicara yang ikhlas daripada pihak tabung Haji agar dapat menawarkan tempat kepada saya untuk menunaikan Haji pada tahun 1437H atau 2016 Masihi.
Saya memohon dipercepatkan kerana usia yang telah lanjut (70 tahun) dan saya telah 5 kali menjalani Kursus Haji tetapi masih dalam senarai menunggu. Simpanan saya juga telah mencukupi untuk menunaikan haji dalam waktu terdekat ini.
Semoga pihak tabung haji dapat menunaikan rayuan saya yang tersebut di atas.
Sekian, terima kasih.
Yang Mengharap,
(ROGAYAH BINTI MOKHTAR)
No K/P: 450101-01-0400
Surat rasmi rayuan tersebut boleh dihantar ke Tabung Haji Contact Center (THCC) melalui:
e-mel – th-info@lth.gov.my,
faks 03-77284959, atau
iii. menghantar surat rayuan haji ke cawangan TH berhampiran.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Tabung Haji Contact Center (THCC) di talian 03-62071919 – THCC
Learn more »

Jom Merancang Holiday Raya Dengan Famili

KORANG, RAYA NAK DEKAT TAPI XTAU NAK PERGI MANA UTK BERCUTI ? X JUMPA PAKEJ LWTN SESUAI UTK FAMILI ? TAKUT X CKP BUDGET ? FAMILI DA BERTANYA TANYA NAK PEGI MANA?


DON’T WORRY ,BRO & SIS...NI KAMI SEDIAKAN PAKEJ MENARIK KHAS UTK YANG INGIN BERAYA IKUT BUDGET.. 

Start today, 16 Mei, sempena Raya 2018, Zeenath Travel dgn rasminya launch PAKEJ "RAYA Tambun Holiday" – harga yg sememangnya mengikutbudget..BERBALOI SGT !!! Inilah satu2 nya peluang terbaik utk anda mengubah rutin raya anda yg biasa2 terus jadi seronokkk…Dah dapat duit raya je terus bwk family lari ke tempat favourite kat Negeri Perak .. ‘THE LOST WORLD OF TAMBUN’

“wow ,wow sampai nak bwk lari ,apa yg bes sgt kat sana”

KENAPA KORANG KENA PILIH TEMPAT NI UTK CUTI RAYA ??


WATERPARK
Bg yang family ada bdk2 kecik , ni mmg favourite spot..biasalah kan kalau bdk2 nmpak air je terus excited... Bkn bebudak jer boleh enjoy dengan waterpark kat sini, orang besar pun sama naik. Utk pengetahuan korang, waterpark ni ada sesi siang dan malam. Time malam ada Hot Spring and Spa by Night. Serius bes sbb kolam kat sana direka dgn cukup cantik siap lampu2 bagai.

.

AMUSEMENT PARK
Korang ingat lost world ni main air je ek? Bg yang x suka basah2 nak enjoi dekat dry land je bolehla ke amusement park.. Amusement park ni lebih kpd aktiviti ala2 roller coaster. Ada mcm2 riding yg boleh buat kat sini. Ada lebih dari 4 permainan yang thrilling dan fun.
.
TIN VALLEY
Anda tau tak, Ipoh ni dikenali sbg pusat perlombongan bijih timah yg terkenal di Tanah Melayu..So tempat ni mainly utk mendidik generasi hari ini ttg sejarah perlombongan bijih timah. Kalat dtg sini bolehla korg experience sendiri aktiviti melombong bijih timah yg prnh dijalankan di sini satu masa dahulu.
.
ADVENTURE PARK
Okk , ni mmg syurga bg penggemar aktiviti lasak..Ni sy boleh janji mmg penuh dgn keseronokan dan cabaran.Dgn aktiviti ni mmg korang boleh develop team building skills.So kalau anda bercuti dgn kengkawan ke bolehla try pegi sini
.
PETTING ZOO
Jika anda seorg yg sygkan hewan, ini adalah tmpt ideal anda sbb dpt marasai pengalaman di zoo yg menempatkan 55 spesis haiwan. Dpatla merasa tgk semua jns hewan kat satu tempat …bkn tgk je ,,nak feed pun boleh tp kne ikut timing dia..
.
TIGER VALLEY
Ni boleh kata seram skit tp xdela takut sgt Boleh tgk mcm2 jenis harimau secara dekat Ada harimau Siberia, iaitu spesis kucing terbesar dan mcm2 spesis lg..tp part exciting kne tunggu feed show dia melompat-lompat harimau tu amik daging yg dicampakkan oleh petugas... 

Dan inilaa antara aktiviti2 yang bakal mewarnakan raya anda !!!

LIMITED TIME ONLY ! UNTUK BULAN RAMADHAN NI SAHAJA!!!


Dengan Pembelian Pakej "RAYA Tambun Holiday" Ini, Anda Akan Dapat Menikmati Kesemua Aktiviti Di bawah:

 Lost World Amusement Park
 Lost World Water Park
 Lost World Tiger Valley
 Lost World Petting Zoo
 Lost World Tin Valley
 Lost World Hot Springs & Spa
 Lost World Hippo Kingdom

Berminat Nak Dapatkan Pakej Ini ?



Learn more »

Win Free Trip

Bagi yang meminati trip percutian yang extreme dan penggemar sukan lasak boleh try join contest ni. Mungkin boleh jadi percutian happening abad ini dalam kehidupan anda..huhuhu





KLik url di bawah untuk join:


FREE TRIP



Cara untuk join seperti berikut:







Learn more »

Solo Trip Ke Siem Reap Dengan Bajet Bawah RM500

Saya akan kongsikan pengalaman saya sebagai backpacker secara solo ke Siem Reap, Combodia dengan bajet  bawah RM500 selama 3 malam. Bagi saya ini bukanlah bajet termurah pun kerana budget dan kos bergantung kepada perbelanjaan individu sendiri. Sebab setiap orang style tak sama. Ada suka cara mewah, ada suka sederhana, dan ada suka travel secara agak saving sampai ikat perut. Dan ada juga org suka travel selama 1 malam dan ada juga backpacker suka travel lebih lama untuk explore semua tempat. Jadi kos ni bergantung pada individu. Kos ni bergantung pada lifestyle, tempoh, penginapan, makanan, dan dan lain-lain. Bagi saya RM500 cukup untuk travel secara sederhana.

Pengalaman sebagai backpacker solo, dulu tak biasa travel juga start travel 3 tahun lepas. Saya plan dengan group tapi macam biasa semuanya cancel jadi saya belasah je pergi secara solo. Jadi lepas satu pengalaman saya belajar banyak benda. Pada pendapat saya travel tak susah cuma yang penting wang, perancangan, keyakinan dan keberaniaan yang cukup. 

Saya nak  bercerita sedikit mengenai negara Cambodia. Combodia bukan negara favorite saya secara jujur. Sebab minat tiap orang berbeza-beza kerana saya lebih prefer kepada pembangunan seperti Hong Kong, Shanghai, Tokyo dan sebagainya. Jadi selepas tengok semua negara maju saya ingin tengok Angkor Wat. Jadi itulah tujuan saya pergi ke Cambodia.  Cambodia ni bukanlah negara maju untuk berseronok macam Thailand. Maybe for some sebaliknya bila kita travel ke Combodia ni kita boleh belajar banyak tentang erti kehidupan dan mengerti bersyukur dgn apa yang ada. Kadang kita mendongak dan kurang bersyukur kerana kita lihat negara2 maju seperti UK, USA, Australia jauh lebih maju dari kita. Tapi pernah tak kita pernah berfikir banyak je negara-negara yang jauh lebih miskin dr kita.  Apa yang boleh saya katakan masyarakat di Cambodia sangat2 susah majoriti mereka tak mampu makan KFC dalam sebulan skli sedangkan kita mampu makan 3 kali sehari cuma nak taknak je. Lifestyle di Cambodia ni sama macam Malaysia pada tahun 1960s. Mereka masih mundur.

Muslim di Combodia ni agak terpinggir  dan boleh dikatakan sangat2 miskin sama mcm kaum Ugyur di China terpinggir. Kalau lihat muslim di Cambodia boleh menitiskan air mata. Cambodia banyak mengajar rasa bersyukur  dgn apa yang ada sebab di luar sana ramai lagi yang hidup lebih susah. Selain itu kos living di Cambodia sgt mahal berbanding pendapatan org tempatan bayangkan KFC dia lg mahal dr KFC kita. Sedangkan kt Thailand, China, dan negara-negara Asia lain harga tak jauh beza dgn Malaysia even sewa basikal pun sampai USD5 sedangkan di Thailand USD5 boleh sewa skuter.




Tujuan saya ke Cambodia mahu tengok Angkor Wat saja. Angkor Wat ni sangat menarik dan boleh buatkan kita terfikir bagaimana sebuah kerajaan yang maju tetiba jadi miskin balik contoh Combodia, Egypt, Iran, Iraq, Mongolia dan Greece dan sebagainya. Kalau dilihat sejarah suatu ketika dahulu Combodia ini maju. Peradaban Angkor Wat dengan keluasan dan seni dia kita faham kemungkinan ia sebuah kerajaan yang sangat maju dan bertamadun. Hasil seni mereka unik. Lagi satu cuaca di Angkor Wat sanga panas. Saya recommend sebelum pergi bawak bekal makanan kering ditambah cuaca di sana panas.  Saya bawa makanan utk 4 hari kerana risau susah mencari makanan yang halal. Minuman beli awal di mall kerana harga di Angkor Wat dalam 1 usd hingga 2 usd.



Kos perjalanan selama 4 hari 3 malam

Total bajet secara ringkas

1. Flight Return: RM120 (Promo)

2. Guest House: RM90 (3 Nights)

*** Guest House Ni offer free breakfast, Free Airport Pickup, Free Wifi, Free Bicycle and Queen Bed (Bilik untuk 2 orang tapi saya pergi solo sebab saya tidak selesa tingal di hostel sebab lebih privacy)





3. Foods: RM100
*** Saya Bawak banyak makanan dari Malaysia untuk jimat lunch time. Hanya makan KFC time malam sambil lepak di Pub Street.

4. Ticket Angkor Wat: RM160
*** Dulu Harga Nya USD20 je sekarang naik USD37.









5. Basikal: FOC
(Guest House sediakan, just guna jer. Lagipun Angkor Wat dari situ 3km je. Dan Pub Street pun 3km je. Jadi tidak jadi masalah bagi saya.

6- Transport Kat Malaysia LRT + LCCT Bus = RM25


GRAND TOTAL : RM495

Itinery Secara Ringkas :-

First Day:
6.30am: LRT + Bas Kl Sentral- LCCT 
12.00pm : Arrive Siem Reap
12.30pm: Arrive Guest House
1.00pm to 8.00pm: Pusing kawasan bandar dan tengok suasana sekeliling kenali masyarakat di sana dan kehidupan mereka 
9.00pm: Sembang dengan reception Guest House cerita tentang Cambodia. Dia juga cerita dia manager kt Guest House, ada Master Degree gaji dia USD400 je.

2nd Day:
9.00am- 7.00pm: Pergi cari tiket Angkor Wat. USD37. Sangat mahal tapi apa nak buat. Ikutkn harga ni blh pergi USS kt Singapore.
11.00am: Sampai ke Angkor Wat dan apa lagi pusing-pusing. First round untuk belajar dan nikmati tentang seni bina Angkor Wat dan dengar cerita dari seorang kawan dari UK tentang Angkor Wat ni. 2nd round untuk selfie hihi. Balik2 dah tak larat kerana sehari suntuk berjalan dan berdiri. Kalau boleh minuman tu beli awal dari kedai di area hostel. Di Ankor Wat coke kecik je USD1 dengan cuaca yang panas kena minum 5-6 botol.
9.00pm: Pub Street. Singah KFC untuk makan set dalam USD4.

3rd Day:
11.00am hingga 11.00pm: Saya hanya pusing bandar yang lebih jauh dengan kayuh basikal. Penat tu penat tapi rasa berbaloi sebab boleh lihat satu bandar Siem Reap.  Lps dah habis misi pusing bandar pergi pulak ke Pub Street, tempt meriah kt Siem reap ni.... kt seam reap takda banyak tmpt.jadi best juga lpk ni mlm2. agak meriah juga ala Bukit Bintang di malaysia versi Combodia la. Banyak je kedai2 makanna kt sini. nak makan apa, western, arabic, indian, kfc dan mcm2 mknn ada kt situ. tp hrga faham2 la usd10-15 kt kdai arab huhu. tu dh kira murah dh tu kt situ. kt situ slain kdai mknn ada juga pub pub, supermarket, cultural street dan mcm2 entertainment ada lg. tp kt Pub Street banyak pengemis...mintk mknn. Dan boleh di katakan Combodia ni pnh dgn backpacker mat salleh berbanding dgn Asian...Asian ni ada tp krg berbanding mat salleh... Kali ni saya makan kfc 3 kali set biasa USD 2.50 x 3....

4th Day:
7.00am: gerak ke Airport
12.00pm: Sampai Di LCCT
2.00pm: Sampai Rumah. Mmg pnt sgt bkn krn jalan tp psl panas haha....



Akhir skli nak gtau, Banyak juga belajar dari trip ni lebih kpd psl value of life dan erti syukur dan juga sejarah. dan juga hasil bini diorg. Boleh sedarkn kita juga sekaya mana kita, dgn kehendak Allah boleh jatuh juga kita. Xda yg kekal. Bagi saya berbaloi la pergi tempat2 cmni. jangan asik travel ngara maju je.  Bukan apa. kdg2 belajar la utk tgk org lbh ssh dr kita supaya kita terbuka mata yg apa yg kita ada tu dh ckup. Dan trus bersyukur kpd Allah dgn apa yg kita miliki. Jangan complaint sgt. Cuma berusaha dan syukur sll.. Sbb manusia tak akan puas wlpn dh jd jutawan. 

Learn more »

“Dah Nampak Tali Gantung, Apa Pun Tak Guna,”- Lelaki Ini Beri ‘7 Nasihat Penting’ Buat ‘Kaki Travel’ Ketika Di Lapangan Terbang!!

19 Jan – Baru-baru ini telah tular dilaman sosial seorang wanita rakyat Malaysia yang ditahan oleh Pihak Kastam Australia kerana menjumpai kotak berisi duit berjumlah AUD26 ribu.

Kotak itu didakwa dikirim oleh kakitangan agensi pelancongan yang beliau gunakan untuk ke Australia. Menurut staff berkenaan, di dalam kotak tersebut cuma ada keropok dan juga Milo yang dikatakan sukar didapati di Australia.
Perkara sebegini harus dijadikan pengajaran kepada sesiapa yang suka melancong, terutamanya ke luar negara. Jangan sesekali menerima apa-apa bentuk bungkusan, kotak dan sebagainya untuk didaftarkan atas nama anda.
Seorang pengguna Facebook yang juga ‘backpaker’ bernama Mazlan Zonan, telah berkongsi beberapa nasihat kepada rakyat Malaysia khususnya kepada yang selalu berada di lapangan terbang.
Menurut beliau, ada beberapa isu yang pernah berlaku di lapangan terbang untuk dijadikan pengajaran buat pengembara tegar. Memang isu ini nampak kecil tetapi jika diambil mudah, mampu membawa anda ke tali gantung.
Gambar Hiasan
Mazlan juga menulis, jangan menerima apa-apa kiriman daripada orang lain terutama yang sudah siap dibungkus dan jika barang yang baru anda beli dinasihatkan agar bungkus sendiri untuk tidak timbulkan apa-apa masalah kelak.
Selain itu, jangan sesekali satukan beg anda dengan kawan yang baru dikenali melalui group travel. Lebih baik daftar masuk secara berasingan dan membayar lebih untuk itu asalkan anda selamat pergi dan pulang.
Tambah Mazlan lagi, jangan sesekali berani untuk memegang barang orang yang tak dikenali di lapangan terbang. Jika ada yang meminta anda pegangkan untuknya, minta sahaja dia meletakkannya di pondok polis atau kaunter-kaunter yang sepatutnya.
Isu travel agent yang di tuduh cuba seludup duit melalui client dia tu patut di jadikan pengajaran buat traveller-traveller yang selalu singgah di airport. Issue ini berat. Bukan isu kecil. Nasib baik duit kalau dadah?

Ade beberapa isu di airport yang pernah berlaku untuk kita jadikan pengajaran di masa depan. Nampak remeh tapi bila kena batang hidung dan nampak tali gantung nak senyum pon tak lalu bang.


Gambar Hiasan
1. Jangan terima kiriman dari orang lain yang tak pasti hujung pangkalnya…apa lagi yang sudah siap di bungkus.. kalau barang2 baru yang di beli sebaiknya anda bungkus sendiri…supaya tidak ada benda-benda terlarang di bawa bersama melintasi border control..
2. Jangan combine bag dengan travel buddies yang baru kenal kat group2 travel.. biar la check in asing2 dan bayar lebih.. kita tak tau apa yang ade dalam bag kawan tu… kecuali travel buddies anda jenis boleh share spenda ngan anda ok la…
3. Jangan pernah biarkan begpack anda tidak berbalut/ tanpa raincover.. boleh membuatkan anda kehilangan nyawa… kerana ada sindiket yang akan menyelitkan barang2 terlarang di beg anda… kalau anda lepas beg anda akan di curi.. kalau anda xlepas anda mungkin akan ke dalam dan mungkin akan jadi banduan akhir…
4. Jangan berbaik hati offer anda punya space luggage untuk orang2 yang overweight luggage yang berada di depan or di sebelah anda… kalau nak tolong die beri duit lebih baik untuk keselamatan anda dari beri space luggage anda… even telebih 1 2kilo jgn la bagi depa checkin beg bawah nama anda… kalau 1 2kilo tu semua ganja tak pasal2 masuk bawah akta 39B = mati
5. Jangan pernah pegang barang orang lain semasa di airport… kalau ade orang mintak tolong suruh je dia letak dekat pondok polis,kaunter information atau mana la yang selamat untuk bag dia, yang penting bukan di tangan anda… walau yang mintak tolong tu maria ozawa sekali pon tolong la jangan pegang kan.


Foto: Mazlan Zonan
6. Kalau anda berada di surau dan kasut anda hilang, jangan pakai kasut yang di tinggalkan di surau tersebut, mungkin kasut itu dah di selitkan dadah dan cuba menjadikan anda keldai untuk melepasi border control.. kalau anda lepas akan ada orang yang pulangkan kasut anda dengan alasan tertukar semasa di surau…
7.jangan pernah tinggalkan beg anda tanpa pengawasan, bawak saja kemana anda pergi walau ke toilet sekali pon takut di masukkan benda2 terlarang oleh sindiket2 tertentu…
Ada kisah benar, pasal seorang pemuda yang mana beliau sudah arwah di tali gantung.. semasa di airport berhampiran tandas seorang lelaki tergesa2 hendak masuk ke tandas (macam org cirit)dan meminta dia pegang briefcase dan terus berlari masuk ke toilet, kurang dari 5minit pemuda itu telah di kepung dan ternyata di dalam briefcase itu adalah dadah. Lelaki yang lari ke tandas tu dah hilang entah kemana.
Ps:- cerita ini di ceritakan oleh sepupu pemuda itu, kalau cerita ini tipu ambil je pengajaranya bukan persoalkan kerja polis..

Apa-apa hal, happy traveling guys. Stay safe. Jangan baik sgt, selfish bertempat. 
Learn more »

New Peony Apartment @ Cameron Highlands




A New Premium 3 Bedrooms Apartment facing Tea Plantation @ Cameron Highlands is coming soon! Stay tuned for the rooms availability and rate announcement!!!


#CameronHighalands
#TeaPlantation
#Apartment
#HomeStay



Good location, Tea garden is just opposite of Peony Square

Five mins driving distance to Lavender farm
Address: Peony Sqaure Kuala Terla, 39000 Tanah Rata, Pahang, Malaysia
Call for Booking - 012 448 0825 ( Jamie)

Book now http://www.booking.com/Share-ghbvSY














- The only Premium Apartment in Cameron Highlands with Boh Tea Plantation View

- 3 Bedrooms with Modern Design and Fully Furnished

- Easy Access from Ipoh/Simpang Pulai

- ATV motor and Boh Tea Safari within walking distance.

- Lavender Garden is just 5 minutes away, Cameron Square in 10 minutes (Driving distant)


Facilities

- Comfort Bed
- Spacious Living Hall
- Kitchen
- Hot Shower
- Towels
- Toiletries
- BBQ Facility
- Free Parking













Closest Landmarks


  • Kok Lim Strawberry Farm5.3 km
  • Ee Feng Gu Honey Bee Farm5.3 km
  • Mrs Robertson's Rose Garden5.3 km
  • Time Tunnel Museum5.3 km
  • Cameron Highlands Butterfly Farm5.3 km
  • Cactus Valley5.3 km
  • Sam Poh Wan Futt Chi Temple5.3 km
  • Sri Thandayuthapani Swamy Temple5.3 km
  • Boh Tea Plantation5.3 km
  • Orang Asli Village9.3 km



Sumber: DreamScape Management
Learn more »